Sunday, December 25, 2011

Cuti habis + Resolusi baru + Kerjaya + personal life routine = Rojak Kehidupan



25 Disember 2011 merupakan petanda bahawa cutiku sudah hampir ke penghujungnya. Tepat 27 Disember 2011, aku sudah kena bertugas, miting...miting...dan miting. Kemudian, aku memang mulalah kehidupan yang perlu mengorbankan setiap tempoh cuti semester untuk kerja dan tugasan sepanjang tahun. Senang cerita, cuti aku hanya pada bulan Disember. Selain itu, memang sukar untuk aku bercuti kerana tugas dan beban kerja yang menyesakkan..

Setiap kali hendak masuk tahun baru, sudah pasti aku mempunyai resolusi baru untuk diri. Walaupun tidak semua resolusi berjaya dilaksanakan tetapi sekurang-kurangnya 'dreaming is not a crime'

Resolusi Tahun 2012:

- Mengurangkan 10 - 15kg berat badan..wahhhh...
- Mencapai kecemerlangan dalam kerjaya
- Sentiasa melipat baju agar bakul yang dipenuhi baju itu sentiasa kosong
- Kurang makan jajan
- Banyakkan membaca (sekurang-kurangnya 1 buah buku sebulan)


Inilah resolusi baru aku dalam tahun 2012..banyak sangat pun belum tentu dapat dicapai.. Okay see u guys in 2012 then..

Tingkatkan prestasi..kurangkan kontolbasi!
Here wanna share some interesting quote with u all..


// Marilah kita sentiasa bekerja dengan ikhlas!

No comments:

Post a Comment