Tuesday, December 20, 2011

Adlin Aman Ramlie tak puas hati dengan komen Chef..


OKay...ini yang aku terbaca siang tadi. Pada musim Maharaja Lawak Mega yang lepas, dua kumpulan telah tersingkir. KUmpulan tersebut merupakan BP(Bawal Power) dan satu-satunya peserta solo iaitu Adlin Aman Ramlie.

Sebenarnya muka Adlin tidak puas hati ni aku dah nampak jelas dari kaca TV sejak musim MLM yang dia kna kutuk kawkaw dengan Dato' Chef Wan..Kalau tak silap masa Chef Wan ada menyebutkan tentang Adlin make fun of his father which is AR Tompel. Muka Adlin masa tu memang berubah ler bila kena penangan Chef yang menjadi juri pada malam MLM itu..

Tambahan lagi, musim yang lalu bila Adlin mempersembahkan standalone comedy yang bertemakan bebas, Adlin memilih topik 'Juri MLM' which me too...think that it is not a very good idea for a contestant. Aku pun pernah melihat standalone comedy yang omputeh buat(sebab memang ramainya omputeh je pandai buat), memang kurang lebih lebih kurang ada juga adegan saling mengutuk atau melakonkan aksi orang-orang ternama. Tapi, tak sangkalah pula Chef Wan sentap lebih-lebih...mungkin sebelum ni they already had some issues with each other..that's why..Kalau kita perasan pun, rappers Malaysia mana sama dengan rappers omputeh...rappers omputeh berani je kutuk government depa manakala rappers di Malaysia boleh ke??

So, salah siapa? Salah Chef Wan ke bila kutuk lawak Adlin tak best? Memang bagi aku lawak Adlin daripada minggu pertama lagi pun tak mampu buat aku gelak. So, walaupun dia pandai apply apa jenis teori pun aku still tak boleh gelak. Mula pula aku bandingkan dia dengan pelawak baru Nabil yang sering buat aku tergelak walaupun dia buat stand alone comedy. Nabil jarang kutuk juri, dia lebih bijak mencari isu-isu yang memang melawakkan...cuma aku teringat ada satu kali tu Nabil pernah menjadikan kepala Zaibo sebagai bahan lawak dan berjaya meraih hati kami semua.. :D

Dari segi tema penggunaan props pula...nampaknya lawak Adlin pun tidak menjadi. Hebat lagi kumpulan JOZAN, Nabil dan Sepah sebab mampu buat aku ketawa terbahak-bahak. hihi...Kalau Adlin kata tukang masak tak layak jadi juri MLM, aku tidak sependapat dengan dia. Pertandingan MLM ni tak macam AF atau Malaysian Idol. Aku pun boleh jadi juri apa....siapa yang mampu buat aku ketawa tiap=tiap minggu, itulah pemenangnya. Kalau nak dipertikaikan, Adlin pun tidak layak menjadi juri AF(Akademi Fantasia)..pernah satu kali tu Adlin komen tentang penyanyi tu kenapa tidak menggunakan props untuk berlakon di atas pentas agar nyanyian itu lebih mantap. Erkk...halluuu...perlu ke? bukan pertandingan lakonan...ni pertandingan nyanyian okay??

Nasihat untuk Adlin:
You are indeed open minded. Tetapi, ada betulnya kata Chef Wan tu.Al maklumlah U.S.A dan Malaysia berbeza dari segi pemikiran dan budaya. What happened and acceptable in other country may not be suitable for Malaysian. So, anggap je la pengalaman anda menjadi peserta MLM ni sebagai guideline untuk menjadi lebih berjaya pada masa akan datang. Just be cool about it...Sebelum ni pun anda memang pandai mengkritik orang lain, kali ini apa salahnya sekiranya anda pula dikritik dan cuba perbetulkan apa kesilapan yang anda buat.


//bila buku temu ruas...hamikkkk...sama-sama laser dan sama-sama ego hendak mengaku kalah. Dalam hal ini, Adlin perlu melihat semula video MLM supaya dapat menilai sama ada persembahan dia lawak atau tidak.

No comments:

Post a Comment