Wednesday, December 28, 2011

Rindunya........

Rindu apa? Rindulah dengan rakan-rakan yang hampir sebulan tidak ketemu...Rindu juga dengan kerja-kerjaku....Rindu juga dengan mejaku...Rindu juga dengan anak-anak muridku(ini 4 Januari baru terubat ya..)

Hari ini merupakan mesyuarat pengurusan kali pertama di sekolah yang aku mengajar. Setelah hampir 3 minggu tidak keluar di pagi hari, nak bangun tidur pun bercinta... ;) sesungguhnya, saya insan yang banyak kelemahan. Lebih-lebih lagi, aku telah ke kelas aerobox semalam..fuhh!! penat giler dan peluh menitik-nitik..but i like.. thumbs up!

Sampai-sampai jek...dapat menemui semula rakan-rakan sekolahku..maklumlah sekolah yang gurunya hampir 70 orang, hanya beberapa guru sahaja sempat ku tegur..yang lain-lain tu ku jeling-jeling manja or senyum-senyum je la. :) Rindu juga aku dengan kerja-kerjaku..

Hari ini, kami hanya sempat menandatangani borang SBPA dan opsyen pencen..aku terima SBPA although i never really know about tangga gaji ke or whatever..tengok baca berkali-kali pun tak faham..kalau kena tipu naya je kan? Tapi, sebagai penjawat awam, kami menurut perintah dan sekurang-kurangnya, aku tahu cuepecs tak akan membenarkan hak penjawat awam diperkotak-katik.Opsyen pencen pula, aku sain 60. Niat hati nak terus bekerja hingga usia 60 sekiranya masih mampu, walaubagaimanapun, apa akan terjadi pada masa akan datang masih samar...biar Tuhan sahajalah menentukan..semoga Allah SWT memberikan aku kesihatan tubuh badan untuk aku terus bekerja dengan ikhlas dan gigih..insyaAllah..

Tentang tugas pula, GPK aku belum siapkan?? Or belum perbanyakkan?? erkk...okay..apa-apa pun, aku dah tahu sebahagian daripada tugas aku. Antaranya, guru kelas, mengajar BM, KH dan muzik. Bezanya kali ni aku mengajar subjek teras di kelas pertama. Meaning....hopefully bijak sikit dan aku tinggal polish je bagi 'A' semua...insyaAllah..

Tugas bahagian kokurikulum, belum ditentukan. Tomorrow maybe..apa-apa pun..tingkatkan prestasi, kurangkan kontrolbesi ..assalamzz.. :)

Sunday, December 25, 2011

Cuti habis + Resolusi baru + Kerjaya + personal life routine = Rojak Kehidupan



25 Disember 2011 merupakan petanda bahawa cutiku sudah hampir ke penghujungnya. Tepat 27 Disember 2011, aku sudah kena bertugas, miting...miting...dan miting. Kemudian, aku memang mulalah kehidupan yang perlu mengorbankan setiap tempoh cuti semester untuk kerja dan tugasan sepanjang tahun. Senang cerita, cuti aku hanya pada bulan Disember. Selain itu, memang sukar untuk aku bercuti kerana tugas dan beban kerja yang menyesakkan..

Setiap kali hendak masuk tahun baru, sudah pasti aku mempunyai resolusi baru untuk diri. Walaupun tidak semua resolusi berjaya dilaksanakan tetapi sekurang-kurangnya 'dreaming is not a crime'

Resolusi Tahun 2012:

- Mengurangkan 10 - 15kg berat badan..wahhhh...
- Mencapai kecemerlangan dalam kerjaya
- Sentiasa melipat baju agar bakul yang dipenuhi baju itu sentiasa kosong
- Kurang makan jajan
- Banyakkan membaca (sekurang-kurangnya 1 buah buku sebulan)


Inilah resolusi baru aku dalam tahun 2012..banyak sangat pun belum tentu dapat dicapai.. Okay see u guys in 2012 then..

Tingkatkan prestasi..kurangkan kontolbasi!
Here wanna share some interesting quote with u all..


// Marilah kita sentiasa bekerja dengan ikhlas!

Friday, December 23, 2011

Clark Hatch Danga Bay ~~~~ JOm senam! Part 3

When u go to a gym, it's not just about exercising or losing weight. You have to learn a lot about your body. For example..HR= Heart Rate. Me as a newbie confused about HR...what HR got to do with exercise? pffttt.... plus, i don't have a personal trainer yet.. =) This is some info that i would love to share with u allzz..

Credits to: http://www.smart-heart-living.com

The average heart beats over two billion times in a lifetime! The normal heart rate for average adults ranges between 60 to 100 beats per minute. When you are sleeping your rate will be lower - it's not uncommon to see a resting heart rate of 50 - 90 beats per minute in a sleeping adult.
Generally speaking, the better your fitness levels, the lower your normal resting heart rate will be. --->mula-mula, my normal resting heart rate is like 120++, asi work out more often, my resting heart rate got lower..see???However..it is around 110 for now.

Another measure of cardiac fitness is how quickly your heart rate returns to resting rate when you stop exercising. The faster it returns to your normal heart rate the better.

Your exercising heart rate

As you exercise, your heart rate speeds up in order to get more blood, and hence more oxygen, to your muscles.

One way to determine your optimal target heart rate for exercise is to subtract your age from 220 (this is because our maximum heart rate decreases as we grow older). This will tell you your maximum heart rate. Multiply that number by .6 and by .8 to get your target zone while exercising.

For example, if you are 57 (220-57=163) your maximum rate is 163 and your target zone (163x.6=97.8, 163x.8=130.4) when working out is 98 - 130 beats per minute.

If you participated in a cardiac rehab program you may have been given a target heart rate for your exercise program. Go with that target.

If you develop shortness of breath, chest tightness, or dizziness along with rapid heart rate while exercising, stop immediately and seek medical help.

Just as we are all unique, your normal heart rate is individual to you. The important thing if you are living with heart disease is to talk to your doctor if you experience anything out of the ordinary ranges. And make sure you are treating your heart right - don't smoke, eat a heart healthy diet, exercise, and reduce your stress.

p/s: It's not easy for the healthy diet part for Malaysians because our food is just too marvellous and too impossible to be healthy. However..have to try my best though because i love my body *winkkk ;)

Tuesday, December 20, 2011

Clark Hatch Danga Bay ~~~~ JOm senam! Part 2

Dah kurus??? Not so fast...aku pun tak boleh tak makan nasi kan..so..just wait. Setakat ni aku tak guna lagi 3 kali free personal trainer tu. Aku just masuk kelas dancing and aerobic ...it's fun!! Semalam aku masuk kelas yang trainernya Dino (he is really cute)...pump and shape is the name of the class.. Mak datukkk!!! Sangat sakit seluruh muscle aku!! Dino ni asyik wow here and there sebab dalam kelas dia semua 'babe'..kalau ikut logik..perempuan nak besarkan muscle buat apa..tapi ni la hakikatnya..perempuan lebih rajin dan sanggup demi kecantikan kan? Actually, aku pun tak buat sgt yang untuk biceps..aku tak mau la upper arm aku mcm Malek Noor kan..so buat ala kadar. Tapi i really do need to shape up my upper body and my butt :p
(untuk kepuasan diri..apa salahnya..sesungguhnya aku buat semua ni bukan sebab untuk pasangan (tak ada pun..) or whatever-ever..it's just because i love myself and want to take a really good care of it)

Setelah beberapa hari workout, aku perasan yang tangan aku memang tak kuat dan my leg is very heavy.. :p due to my fat thigh i guess. So, kena regular lorr, baru alah bisa tegal biasa. Berat tak turun, like what my sis said, bulan pertama memang tak turun, tapi kena jaga pemakanan jangan makan nasi dan minum air banyak-banyak. Part minum air banyak2 tu bolehlah lagi aku cuba, part tak makan nasi tu..mak aihh, susah sangat bagi aku. Ala2 tak mungkin kot.

Hari ni aku masuk kelas salsa..best sangat! Tapi peluh tak berapa so aku tambah lagi 15 - 30 mins of cardio. Esok nak masuk kelas cardio boot pulak..memang peluh tak hingat la. Kelas cycling pun best, confirm peha and betis gila sakit.

So, if you ask me berbaloi atau tidak join Clark Hatch..my answer is definitely YES..worth every cent. It's my second hobby after traditional dance kot :)

Alright ...stay healthy everyone! Be gorgeous and cool..

Adlin Aman Ramlie tak puas hati dengan komen Chef..


OKay...ini yang aku terbaca siang tadi. Pada musim Maharaja Lawak Mega yang lepas, dua kumpulan telah tersingkir. KUmpulan tersebut merupakan BP(Bawal Power) dan satu-satunya peserta solo iaitu Adlin Aman Ramlie.

Sebenarnya muka Adlin tidak puas hati ni aku dah nampak jelas dari kaca TV sejak musim MLM yang dia kna kutuk kawkaw dengan Dato' Chef Wan..Kalau tak silap masa Chef Wan ada menyebutkan tentang Adlin make fun of his father which is AR Tompel. Muka Adlin masa tu memang berubah ler bila kena penangan Chef yang menjadi juri pada malam MLM itu..

Tambahan lagi, musim yang lalu bila Adlin mempersembahkan standalone comedy yang bertemakan bebas, Adlin memilih topik 'Juri MLM' which me too...think that it is not a very good idea for a contestant. Aku pun pernah melihat standalone comedy yang omputeh buat(sebab memang ramainya omputeh je pandai buat), memang kurang lebih lebih kurang ada juga adegan saling mengutuk atau melakonkan aksi orang-orang ternama. Tapi, tak sangkalah pula Chef Wan sentap lebih-lebih...mungkin sebelum ni they already had some issues with each other..that's why..Kalau kita perasan pun, rappers Malaysia mana sama dengan rappers omputeh...rappers omputeh berani je kutuk government depa manakala rappers di Malaysia boleh ke??

So, salah siapa? Salah Chef Wan ke bila kutuk lawak Adlin tak best? Memang bagi aku lawak Adlin daripada minggu pertama lagi pun tak mampu buat aku gelak. So, walaupun dia pandai apply apa jenis teori pun aku still tak boleh gelak. Mula pula aku bandingkan dia dengan pelawak baru Nabil yang sering buat aku tergelak walaupun dia buat stand alone comedy. Nabil jarang kutuk juri, dia lebih bijak mencari isu-isu yang memang melawakkan...cuma aku teringat ada satu kali tu Nabil pernah menjadikan kepala Zaibo sebagai bahan lawak dan berjaya meraih hati kami semua.. :D

Dari segi tema penggunaan props pula...nampaknya lawak Adlin pun tidak menjadi. Hebat lagi kumpulan JOZAN, Nabil dan Sepah sebab mampu buat aku ketawa terbahak-bahak. hihi...Kalau Adlin kata tukang masak tak layak jadi juri MLM, aku tidak sependapat dengan dia. Pertandingan MLM ni tak macam AF atau Malaysian Idol. Aku pun boleh jadi juri apa....siapa yang mampu buat aku ketawa tiap=tiap minggu, itulah pemenangnya. Kalau nak dipertikaikan, Adlin pun tidak layak menjadi juri AF(Akademi Fantasia)..pernah satu kali tu Adlin komen tentang penyanyi tu kenapa tidak menggunakan props untuk berlakon di atas pentas agar nyanyian itu lebih mantap. Erkk...halluuu...perlu ke? bukan pertandingan lakonan...ni pertandingan nyanyian okay??

Nasihat untuk Adlin:
You are indeed open minded. Tetapi, ada betulnya kata Chef Wan tu.Al maklumlah U.S.A dan Malaysia berbeza dari segi pemikiran dan budaya. What happened and acceptable in other country may not be suitable for Malaysian. So, anggap je la pengalaman anda menjadi peserta MLM ni sebagai guideline untuk menjadi lebih berjaya pada masa akan datang. Just be cool about it...Sebelum ni pun anda memang pandai mengkritik orang lain, kali ini apa salahnya sekiranya anda pula dikritik dan cuba perbetulkan apa kesilapan yang anda buat.


//bila buku temu ruas...hamikkkk...sama-sama laser dan sama-sama ego hendak mengaku kalah. Dalam hal ini, Adlin perlu melihat semula video MLM supaya dapat menilai sama ada persembahan dia lawak atau tidak.

Monday, December 19, 2011

TAK NAK!!

Semalam nak isi minyak dulu sebab lampu minyak keter dh blink2...selalunya kan isi minyak sendiri kan, tapi tetiba hari tu ada pulak adik ni baik hati nak tolong isikan..sebab pakai track bottom dan t-shirt, dan tambah pula hari hujan. Adik tu pelik rupanya tengok aku kan??

*Note: Semua yang dalam tanda kurungan tu adalah apa yang aku rasa dan aku fikir time itu...

"HUjan-hujan pun pergi jogging ke kak?"

"Bukan jogging..nak g gym.." (Takkanla hujan nak jogging kot??)

"waaa...gym...dah lama akak main gym?" (Walaupun aku rasa agak pelik juga dengan kata kerja 'main' tu diapply ke atas tempat seperti gym..tapi aku jawab je la..lagipun aku pun nak cepat..dh lambat untuk kelas MTV dance.)

"Tak lama jugak la...baru beberapa minggu.." (Aku tipu sebab nak kata baru 3 hari maluuu kan..)

"Patutlah badan akak ni saya tengok fit..."
(Wakakakaka---->tergelak dalam hati...fit ye? Hmmm...yela tu dik oiii...)

"Berapa bayaran tu kak?"

"Tahunan RM1000 lebih..boleh pergi hari-hari" (Rajin plak aku melayan budak ni..padahal tengah nak rushing ni)

"Akak tak ada kad mesra?"

"Tak ada"( EH...sebenarnya ada..tapi nak cepat so dh terjawab dan biar sajalah.)

"Buatla kak..takde bayaran."

"Eh takpela dik...akak rushing ni..nak cepat" (Nak cepat...nak cepat....)

"Sekejap je kak, tak lama pun..isi borang je.."

"Tak pelah..lain kali je la dik" (Eh..dia ni..ku bilang tak payah, tak payahlah!!)

"Rugi kak..isi minyak 50 lebih tak guna kad mesra...dapat point"

"Takpela dik..okay terima kasih" (hish..dok pahe bahasa kalau ye pun ko peramah kann)

Terus aku masuk dalam keter dan drive awayyy...

MOral to everyone: Boleh peramah, tapi berpada-padalah..kalau dah customer nak cepat dan bilang 'TIDAK',janganlah memaksa ye...BTW, kalau betul customer tu nak dan berminat, they will come to you and ask. As simple as that....sib baik aku customer yang sabar..kalau tak..ntah apa jadi kat adik petronas tu kan?

Tuesday, December 13, 2011

Clark Hatch Danga Bay ~~~~ JOm senam! Part 1

Okay...Pernah tak u guys tengok cermin dan rasa diri sudah berisi? Atau memakai tudung lepas tu rasa pipi dah tembam? Atau pakai jeans yang baru dibeli tak sampai setahun tapi lepas zip je rasa macam dah gila2 nyer ketat?? Kalau pernah...kita serupa..hehe. Tapi kalau tak pernah, memang korang adalah golongan beruntung kerana tidak ada masalah berat badan.

Entah kenapa..hari ini aku nekad sangat nak ke gym semula sebab rasa diri ni dah berisi berbanding sebelum ni. Maklumlah masa raya baru kena puji kurus sikit..naik je kerja dah ada orang tegur kata aku dah berisi sikit...bahagia gitu...haah...bahagia sebab makanan penuh atas meja.haha..

Masuk-masuk je aku kononnya nak walk in je..kata adik yang kat kaunter tu kalau tak bawa kawan walk in RM53. Aku pun angguk2 je la..lepas tu aku tanya pula tentang membership. Akhirnya aku sign jadi member selama 3 bulan dengan bayaran lebih kurang RM500+.

So hari ini aku hanya buat sedikit senaman di threadmill. Around 45minutes...aku pun mandi dan balik. Tak masukpun sauna or bilik steam bath. Maybe nxt time... Maybe akan ada perkara yang menarik untuk di'update' selepas ini...daaa

Stay healthy! :)

Monday, December 12, 2011

Seri Tanjung @ Lee n Fara wedding

Wanna share this on my page..sorry for the bad quality and segala salah silap..sesungguhnya saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan.. :)


Sepetang di JPO (Johor Premium Outlet)~~~


Inilah pemandangan JPO dari jauh....


Cantikkan....



Di atas ni antara outlet-outlet yang ada: Zegna outlet, DKNY, CK, ARMANI exchange, MICHAEL KORS
Tak suka???suka barangan sukan?? JPO ada butik Nike and Adidas
Dah boring dengan koleksi lingerie yang ada? La Senza ada....hari ini sales punya pasal depa jual 10 undies RM50...wow..tadi tengok dah dekat nak licin dah orang2 beli... Kalau tak bawa duit, jangan risau..di sini ada Maybank dan kalau kena ragut pun tak apa, sini ada balai polis :p


Selain itu, ada satu fenomena yang jarang-jarang kita nampak kalau time shopping di Johor Bahru ni di mana ada kedai-kedai yang customernya beratur panjang di luar kedai. Mungkin sebab crowd yang ada hari ini memang terlalu ramai.


Brand yang menyebabkan manusia-manusia sanggup beratur tadi seperti Coach (beg tangan sahaja up to RM1000 and above) dan The Fossil(betul tak ku eja ni?)

Di sini juga ada food court, coffee bean, Baskin robins, Shanghai tang, star bucks...but sorry no fast food cam McD or KFC...OLeh kerana me and my mum dah kenyang makan McD di Senai Airport..Kami tak makan di food court situ. So tak dapatlah nak jadi food critics utk korang.Surau or rest room semua ada...so, kalau ke sini tidak perlu risau.


Akan tetapi...aku hanya larat membeli 2 pasang kasut yang harganya tidak melebihi RM50. Jenamanya macam Carlo Rino,Vinci or Padini...seriously brand yang aku mampu.. hehe.. sebabnya kan...sebabnya kan...tengok apa aku nampak di salah satu butik..


After 50% less pun masih RM500+....mampu???

// Apa-apa pun...aktiviti window shopping kali ni memang seronok..tak dapat beli sentuh dan pura-pura mampu pun jadilah..oh ye pesanan sedikit daripada aku, kalau pergi tu pakai T-shirt je..tak yahla melaram lebih2..make up cair nnt sebab kawasan luar butik dan kedai open air okay?? Jangan gatai2 nak g pakai sweater or baju kurung...terbakor nanti..sekian untuk aktiviti hari ini..daaaaaaaa

Jom kaji salah siapa OMbak Rindu tak jadi?

Aku ni agak pelik. Kalau berlaku sesuatu mesti aku akan cuba cari punca dan kalau boleh hendak mencapai penyelesaiannya...tapi sebab ilmu tu kurang, kadang-kadang akal ni tidak sampai. Nasib baik ada internet yang membuatkan kita boleh mencapai pelbagai maklumat(maklumat di hujung jariii...) dan nak puji rancangan baru astro ria 'Where The Money Drop?' Banyak memberikan penonton ilmu dan motivation untuk menjadi kaya in a smart way... :)

Setelah membaca pelbagai artikel yang menghentam 'Omak rindu', aku agak pelik juga sebab pengarahnya Osman Ali yang mengarah filem 'CUN'. Filem CUN ni agak menariklah bila dibandingkan dengan filem 'Ombak Rindu'. Macamana pengarah yang sama boleh keluar filem yang kualitinya jauh berbeza?

Pada pendapat aku,penerbitan sebuah filem sangat bergantung kepada semua krew produksi yang terlibat untuk menghasilkan setiap satu effect yang meletopss. Ia tidak bergantung kepada pengarah semata-mata. Kenapa aku tulis mcm ni...adalah sebabnya, ni aku culik sikit info dari internet macamana nak terbit sebuah filem...prosesnya terlalu banyak.

GAMBAR BERGERAK
Gambar bergerak terhasil daripada sejalur filem lut sinar yang panjang yang mengandungi banyak imej tidak bergerak. Projektor yang menayangkan filem tersebut akan menggerakkan 24 keping imej terpisah di filem setiap 1 saat. Setiap satu imej mempunyai perbezaan yang sedikit di antara satu sama lain. Apabila kita menonton imej di layar, otak kita yang akan menyambungkan imej-imej tersebut membentuk satu pergerakan gambar yang lancar di layar.

PRAPENERBITAN FILEM
Katakan seorang Penerbit filem ingin membuat sebuah filem. Penerbit ialah orang yang bertanggung jawab terhadap keseluruhan proses pembikinan filem dari mula hingga akhir. Penerbit dan Pengarah akan bekerja bersama dalam satu kumpulan penerbitan yang besar yang mengadungi berpuluh atau beratus krew dengan perbelanjaan yang besar hingga mencecah jutaan ringgit.

Pembikinan filem bermula dengan penulis skrip lakon layar. Penulis skrip lakon layar ini menukar cerita contohnya dari sebuah novel ke bentuk teks yang dikenali sebagai skrip filem. Skrip filem dipinda beberapa kali. Pengarah yang dilantik oleh Penerbit untuk mengarah filem berkenaan akan bekerja dengan pelukis untuk menukarkan skrip filem kepada 'storyboard'. Catatan akan ditambah untuk memberi perincian bagi dialog, muzik dan kesan khas(special effect). Skrip filem dan 'storyboard' membantu Pengarah untuk memvisualkan setiap adegan yang akan dipapar dan melancarkan aksi dalam filem.

PENGURUS LOKASI
akan merayau atau mencari lokasi-lokasi yang sesuai untuk penggambaran adegan. Tugas ini dikenali sebagai RECEE. Penerbit Lokasi ini akan menghubungi tuan punya setiap lokasi, mendapatkan kebenaran untuk penggambaran dan juga merundingkan sewa lokasi dan sebagainya. Dia juga perlu menguruskan penutupan jalan-jalan dalam bandar kepada lalulintas sepanjang penggambaran.

PENGARAH PEMILIHAN PELAKON
mengupah pelakon untuk mengisi watak-watak dalam filem. Dua bintang utama iaitu hero dan heroin akan ditawarkan untuk berlakon melalui ajen atau pengurus mereka. Sementara pelakon yangkurang penting akan di uji bakat. Mungkin ratusan pelakon akan diuji dan akan diputuskan siapa yang layak.

PEREKA BENTUK.
Pereka bentuk penerbitan bekerja dengan pelukis 'storyboard' bersama Pengarah untuk merancang suasana visual yang betul. Pereka set menukar idea ini kepada arahan berkaitan cara untuk membina set dalam studio.

PENERBITAN
Penggambaran di luar dikenali sebagai penggambaran di lokasiKrew dan pelakon filem mengambil tugas masing-masing. Beberapa jam mungkin diperlukan untuk menyolek pelakon.

Solekan khas
Dilakukan untuk menukar rupa pelakon contihnya seperti wajah hantu, dan sebagainya.

Solekan biasa;
Dilakukan untuk mengubah wajah pelakon untuk disesuaikan dengan watak. Krim dan bedak mekap bewarna mengubah umur dan warna kulit.

Pakaian
Pelakon utama mempunyai pakaian yang dibuat khas untuk mereka. Pembekal pakaian akan meneliti skrip berminggu lamanya. Mereka akan mengumpul semua pakaian yang diperlukan oleh setiap pelakon disetiap adegan. Pakaian-pakaian ini didapati dari koleksi studio ataupun di sewa.

Pengarah
akan cuba merakamkan seberapa banyak adegan atau babak setiap hari. Apabila semuanya telah sedia Pengarah akan memulakan penggambaran. Jeritan 'ACTION' dan 'CUT' dari mulut Pengarah adalah perkataan biasa dalam penggambaran. Rakaman kamera dan rakaman bunyi akan dimulakan sebaik sahaja pelakon beraksi seperti yang dikehendaki oleh Pengarah. Rakaman sesuatu adegan akan dibuat beberapa kali sehingga Pengarah berpuas hati.

Kesinambungan atau 'continuity'
Filem yang telah siap sebenarnya dibuat daripada adegan-adegan yang dirakam pada masa yang berlainan. Penyelia Kesinambungan mengambil gambar foto dan menulis catatan pada setiap adegan. Tugas ini dilakukan untuk memastikan bahawa adegan-adegan tersebut bersesuaian. Penyelia Kesinambungan ini menasihat jurusolek tentang penampilan setiap pelakon. Dia juga memeriksa agar kostum tidak berubah antara adegan-adegan dalam satu babak.

Jika tiada sinar matahari;
Cahaya matahari mungkin terlindung tetapi penggambaran tetap diteruskan dengan bantuan lampu. Kipas yang besar juga digunakan untuk memberi bayu lembut atau angin kencang yang meniup pelakon. Hujan dihasilkan dari perenjis air di atas kepala pelakon.

PENGGAMBARAN

Kamera filem bergerak;
Roda bergerigi dalam kamera filem menggerakkan filem ketika rakaman dibuat. Lens atau kanta kamera memfokus imej ke atas filem apabila filem melalui kamera 24 bingkai atau frame yang berasingan sesaat. Pelbagai jenis lens atau kanta digunakan semasa penggambaran iaitu untuk shot dekat dan jauh.

Filem untuk kamera bergerak merupakan jaluran plastik tahan lasak yang panjang yang mempunyai ketebalan lebih kurang 1/5 mm. tebal. Disaluti bahan kimia yang peka kepada cahaya yang dikenali sebagai 'emultion'. dan ketebalan di atas filem lebih kurang 15/1000mm. tebalnya. Ia mempunyai tiga lapisan yang peka kepada cahaya biru, hijau dan merah.

Satu minit penggambaran memerlukan 27 meter filem. Untuk satu filem cereka ia memerlukan 2.5 Km atau 1.5 batu filem.

Rakaman Bunyi;
Petugas bunyi atau juruaudio menggunakan perakam pita mudah alih semasa penggambaran di lokasi. Mutu bunyi di lokasi biasanya tidak elok atau sesuai bagi filem siap. Rakaman ini digunakan sebagai panduan pelakon proses 'dubbing' dalam studio untuk dimasukkan ke dalam aksi filem.

LAGAK NGERI
Biasanya lagak ngeri dilakonkan oleh pelakon aksi atau pelagak ngeri. Mereka berpakaian dan di solek seperti bintang filem utama. Biasanya adegan lagak ngeri dirakamkan dari jauh oleh itu wajah pelakon ngeri tersebut tidak kelihatan. Shot-shot yang lebih dekat adalah menggunakan wajah pelakon yang sebenar.

Aksi lagak ngeri berjalan beberapa minit sahaja tetapi ia mengambil masa beberapa jam untuk membuatnya. Biasanya pelindung khas dipasang untuk melindungi pinggul, tulang belakang, bahu dan siku pelagak ngeri untuk mengelak kecederaan yang berat. Untuk aksi lasak berkaitan api, pelakon ngeri memakai pakaian dan sarung tangan kalis api selepas pakaian perisai dan sebagainya. Topeng seperti wajah pelakon utama dipakai. Letupan dan percikan api dibuat oleh pakar yang berkenaan.

MEMBINA SET
Terdapat juga beberapa adegan dalam sebuah filem memerlukan rakaman dalam studio yang dikenali sebagai penggambaran atas set. Set biasanya mengambil masa beberapa minggu untuk disiapkan. Pelan set dimulakan semasa peringkat PRA PENERBITAN apabila pereka bentuk penerbitan berbincang dengan Pengarah. Satu set pelan dilukis di komputer. Bahagian-bahagian yang tidak dilihat oleh kamera tidak akan dihias.

Pereka bentuk set akan menggunakan lakaran-lakaran set untuk membuat set dengan ukuran yang sebenar. Komputer membantu melihat setiap sudut set. Tukang kayu dan juruhias set membuat dan menghias set menjadi kelihatan seperti hidup dan betul.

Pembuat model membuat model yang sempurna bagi setiap set. Ia membantu Pengarah dan Juruteknik untuk menentukan kedudukan kamera dan lampu. Model-model juga digunakan untuk penggambaran kesan khas(special effect). Contohnya ialah dalam adegan letupan dan kebakaran.

BUNYI
Setelah siap penggambaran, bunyi pula mesti dimasukkan ke filem. Bunyi untuk filem iaitu suara pelakon, muzik dan bunyi kesan khas. Bunyi di adun dengan menggunakan Konsol Pengadun Bunyi. Pengadun bunyi duduk di depan konsol memerhatikan gambar filem. Tugasnya ialah memastikan gambar bergerak serentak dengan bunyi. Konsol ini boleh menjalankan filem kedepan dan kebelakang filem dengan kelajuan berbeza.

Muzik memberi kesan kepada filem. Muzik memainkan alat muzik dalam studio dan dirakam dipita secara berasingan. Ia kemudian di adun dengan pengadun bunyi.

Mutu bunyi dari penggambaran di lokasi adalah tidak bermutu untuk filem. Oleh itu dubbing skrip pelakon akan di rakam dalam studio. Pelakon bercakap berulang kali sehingga benar-benar sepadan dengan pergerakan bibir pelakon dalam filem. Bunyi seperti tapak kaki, letupan, bunyi haiwan rimba juga dimasukkan.

MENCANTUM FILEM
Pengarah dan Penyunting filem bertugas bersama untuk memilih filem atau shot untuk menghasilkan filem siap. Mesin Meja Suntingan digunakan untuk menggerakan filem kehadapan dan kebelakang. Ia juga turut memainkan dua pita bunyi iaitu satu pita mengandungi suara pelakon dan satu pita lagi mengandungi muzik atau kesan bunyi. Penyunting memotong dan menyambungkan filem-filem ini. Dengan menggunakan mesin ini filem dan pita rakaman digerakkan bersama supaya gambar dan bunyi sepadan. Sebuah filem mengandungi empat bahagian utama iaitu gambar, suara pelakon, muzik dan kesan bunyi. Semua bahagian ini disambungkan dengan tepat untuk menjadikan sebuah filem.

PRATONTON
Filem siap ditayangkan buat pertama kali secara pra tonton tertutup di hadapan khalayak tertentu. Pakar filem, pekerja pemasaran studio diantara yang dijemput untuk menonton. Mereka menonton filem yang pertama kali ditayangkan. Pandangan-pandangan yang membina akan membantu Pengarah untuk melihat bahagian-bahagian tertentu yang memerlukan penyuntingan semula.

TAYANGAN PERDANA
Dalam tayangan perdana khalayaknya terdiri daripada bintang-bintang filem, pengkritik filem, wartawan akhbar dan tv turut serta. Selepas tayangan perdana, tayangan umum pula dilakukan. Ia ditayangkan di bandar-bandar besar oleh panggung-panggung wayang yang menerima salinan-salinan filem berkenaan.


//Panjangnya nak baca kan? Kesimpulan yang aku boleh buat, tengok penerbitan jangan tengok pengarahnya sahaja. OMbak Rindu diterbitkan oleh Astroshaw dengan kerjasama Tarantell pic manakala CUN diterbitkan oleh Nuansa. Kalau korang perasan, penerbit filem yang sama akan menghasilkan kualiti filem yang lebih kurang sama sahaja dengan filem mereka sebelum ini. Dari segi gambar ke...skrip ke....sama je..Contohnya 'Karak' cerita hantu KRU production kelihatan hantu dia ada effect macam cicak man atau Merong mahawangsa...hahaha..ngarutkan aku...tapi memang betullah daripada pengamatan aku..pengamatan korang tak tahula.

Kalau anda sebagai penggiat industri filem tanah air dan cuba hendak meningkatkan kualiti filem Malaysia, agaknya perlu sentiasalah upgrade ilmu di dada.. bakat bukan datang secara tiba-tiba kan? Harap-harap kritikan ini membina kot?

Samalah seperti kerjaya aku. Guru bukan punca segala gejala sosial okay? Banyak faktor lain yang mempengaruhi sesuatu produksi??Eh..apa aku merepek.. :)

Friday, December 9, 2011

Ombak Windu mengecewakan! And still 4 juta!!~~~Apa ni?

Reaksi selepas aku bangun daripada seat pawagam ialah: Heii....Cerita apa ni?

Mulalah mulut aku ni jadi lebih laser daripada Chef Wan dalam Maharaja Lawak Mega. It's dissappointing. Ya, aku memang bukan pelajar seni layar...seni pembuatan filem...or whatever! Tetapi my critic counts sebab aku penonton dan pembaca novel tersebut. Buat apa aku habis duit beli tiket RM12 and don't get any satisfaction! Kalau aku sebagai movie lover dan telah menonton bermacam-macam cerita di panggung ini dikatakan tidak layak menilai, jadi siapakah yang layak?

Lebih pelik lagi, sebelum aku tengok muvi ni, kritikan yang yang mengatakan cerita ni tak best cuma satu. Yang lain memuji sakan cerita ini. Hello... memanglah taste masing-masing, tapi janganlah buta sampai jalan cerita berterabur macam tu pun dikatakan bagus! Skripnya kelihatan sungguh janggal bunyinya sehingga ada yang tergelak di dalam panggung. I am suppose to cry instead of laughing right? Yang pasti bukan masalah jalan cerita dalam novel tu tetapi there is something wrong somewhere.. editing or script writing ...something wrong somewhere that make the movie look dem stupid!

Conclusions: In Malaysia, those movies with high number of viewers not necessarily is a good movie. People watch this movie just because of the popular novel..that's it!

Tetiba miss movies like sepet, talentime..filem-filem arwah Yasmin Ahmad..miss this talented director so much! Insan seni yang berbakat sebegini sememangnya di antara seribu... :"(

Wednesday, December 7, 2011

Omak Windu!!!



Sebenarnya bukan omak..ttapi 'ombak'. Ya!!! Ombak..oleh kerana typo yang telah dibuat selama beberapa kali, aku rasa Omak pun sodap bunyinyerr.. Esok aku akan ke pawagam untuk menonton Omak Windu ni. Ramai yang kata aku tangkap lentok...jiwang karat dan sebagainya kerana hendak menonton cerita yang sedih-medih ni, namun sebenarnya aku memang jiwang orangnya..dengar pun lagu beribu sesalan...kisah hati...jiwang tu erti kata lain berjiwa lembut (chewahh).

Sebenarnya, setahu akulah...yang buat aku nak tengok sangat sebab

1. Aku pernah baca novel ni masa aku di Matrikulasi dulu..pinjam buku siapa ntah. Aku baca malam2, ketagih sampai tak nak tidur dan terus-menerus baca sehingga subuh. Seingat aku juga, buku ni menyebabkan bantal dan selimut aku basah sebab aku nangis sambil hembus2 ingus..eeeeeeee...

2. Aaron berlakon... :wub: my type of guy...aiseymen.. :wub:

3. Aku tak malu mengaku aku ni berjiwa lembut dan sensitif...ehem ehem...sangat mudah tersentuh gitu.

Inilah penyebab aku nakkkkk sangat tengok citer ni..Kalau sesiapa nak tahu apa pendapat aku tentang movie ni..tungguuuuuuuuuu selepas hari esok. ITupun kalau teringatlah nak mengupdet blog ni..

Thursday, December 1, 2011

RepoRt Card Lama...korang masih ada?

Setelah bergelar seorang guru, aku perasan aku banyak membanding-bandingkan akademik murid dengan sahsiah mereka. Hari ini, sedang aku sibuk-sibuk mencari buku akaun simpanan aku yang entah hilang ke mana..aku yg sungguh unorganize.. :P Terjumpalah aku akan sebuah buku yang kelihatan sungguh usang dan pita pelekat yang digunakan juga kelihatan sedikit kekuningan sudahhhh (ini menunjukkan betapa lamanya buku ni tau..)

Apa yang dapat dilihat di sini, aku tidaklah aktif mana sewaktu zaman persekolahan. Aku seorang pustakawan biasa, melibatkan diri dalam kelab dan persatuan serta unit beruniform sebagai ahli biasa, dan mempunyai kerajinan dan tanggungjawab yang tinggi...(hahaha..ini guru kelas saya Cik Giam yang kata...sebab ada dalam sijil berhenti okay?)

Dari segi result..well, aku punya result pun so-so sahaja. Pada penggal kedua sewaktu aku form 3, my result is 2A5B dan 1D (for my science)...errr....banyak main dan khayal la tu... tapi masa PMR kan...saya telah membuat gempak kerana menjadi antara calon yang mendapat 7A 1B ( 'B' untuk Geografi kot..sbb mmg selama ni pun my sense of direction hancusss...hehehe)...yahh..inilah dikatakan calon yang tidak disangka-sangka. Tidak dinafikan, pada peperiksaan UPSR tahun ini juga terdapat calon sebegini...semua cikgu tak sangka dialah calon 5A kerana selama ini resultnya so-so sahaja... Rupanya...aku dan muridku ini pernah mengalami nasib yang sama. Tapi kes-kes near miss macam ni memang memeningkan kepala cikgu2..so aku di antara yang memeningkan kepala cikgu-cikgu aku sebelum aku dipeningkan :P it's so fair and square.

Tiba SPM...toksah cerita..memang tak study lerrr....adalah gagal subjek seperti add maths dan fizik. Bahasa Melayu pun 5C je kot...time aku tu dah takde gred 1 or gred 3 dah...main kira-kira bilangan A jerr...tu yang stress semacam tu. Akhirnya my SPM's result turn to be the biggest joke in my life..luluslah jugak, kalau kira agregat tu adalah dalam 18 kot. Tapi kalau kira A adalah 2 ketui je..yang lain kredit dan lulus je la.

Pencapaian NILAM(Nadi ILmu Amalan Membaca)aku...hampeh...lebih teruk kot berbanding anak-anak murid aku.Dalam masa 3 tahun, aku cuma baca 17 buah buku (ini apa yang aku catat, yang aku tak catat...cikgu aku tak tahu la kannn...). Baru aku tahu projek NILAM ni dah ada sejak aku sekolah menengah lagi.

Well, fellow students,seronok tak baca cerita cikgu di atas? Rupanya cikgu pun 2x5=10 ye mcm korang sumer?

(Kata-kata nasihat buat anak didikku atau para pembaca muda remaja yang dicintai)

Apa yang kamu lalui, saya juga pernah melaluinya..mungkin saya samalah dengan kamu semua. Tatkala sibuk menikmati zaman remaja, lupa tanggungjawab sebenar menuntut ilmu di sekolah. Sejak darjah 1, saya bukan murid tidak pandai, UPSR dan PMR tak study pun boleh lulus 'A' semua subjek dan dapat 'B' dalam satu subjek sahaja...Tetapi, Allah tidak akan beri sesuatu kepada kita dengan mudah setiap kali tanpa kita berusaha. Tiba SPM, haaa....padan muka saya dapat result yang tidak sehebat mana pun...Jenis lambat pick-up!!! Kenalah jatuh dulu baru tahu nak bangkit semula...sesal kemudian memang tidak berguna, tapi kalau bangkit semula dengan penuh bersemangat, apa salahnya kan?

(Kata-kata nasihat untuk para pembaca yang lain)

Kalau anda seorang guru, marilah kita cuba baca semula report card yang cikgu kita beri untuk kita sebelum kita nilai murid kita....Tidak perlulah terlalu exam oriented sangat kerana result yang hampeh tidak dapat menggambarkan langsung masa depan seseorang, stop being narrow minded yo..didik dan bimbinglah anak-anak itu dengan penuh kasih dan sayang :)

Kalau anda bukan guru, aku nasihatkan korang baca juga report card korang supaya korang leh ambil iktibar dan menjadi ibu dan bapa yang baik kepada anak korang serta kurangkan sikap suka menyaman cikgu anak-anak engkorang...

//maaf di atas kesalahan tatabahasa yang teramat banyak dan complicated yo!!

P/s: Kehidupan adalah pengalaman, pengalaman mendatangkan pengajaran...sekianlah laporan yang dapat dibuat setelah berjaya analisis semula report card lama aku tu..Excited sangatttt leh terjumpa..rindu Cikgu Zalela binti Mustaffa (Cikgu yang mengajar aku peribahasa ni sampai sekarang aku ingat 'Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'), Cikgu Lillye Abraham, Cikgu Giam dan Cikgu Rashidah Daud (cikgu yang suruh kitorang berdiri atas kerusi setiap kali sebelum jawab soalan sejarah):P Sebab aku tak saman cikgu-cikgu ni lah aku jadi manusia sekarang ni -_-