Tuesday, November 30, 2010

Dugaan...

Sebenarnya Sabtu ni kumpulan tarian aku mendapat tempahan dan sepatutnya akan mengadakan persembahan di JB Catering. Aku pun sudah excited menyediakan segala kelengkapan untuk kumpulan tarian aku. Akan tetapi, setelah berlatih selama 2 hari, 3 orang penari menyatakan hasrat untuk menarik diri. Seorang sakit gigi, seorang hendak ke Kuala Lumpur dan seorang lagi memberi alasan malas untuk berlatih(alasan yang aku paling tak berkenan). Maaf bebenarlah pada customer itu, nasib baiklah dia memahami. Al maklumlah cuti sekolah.

Tinggal 3 sahaja penari perempuan yang bersungguh-sungguh berlatih dan tidak pernah merungut. Alhamdulillah, mereka komited. Sebagai seorang guru, aku memang suka kalau anak murid aku komited. Terpaksalah aku membatalkan urus niaga itu serta-merta dan memulangkan wang deposit.

Biasalah, dunia tarian ni, penarinya patah tumbuh hilang berganti. Kadang kala penat juga kerana sudah berlatih berjam-jam selama beberapa hari, minggu dan bulan, tiba-tiba anak murid merungut dan memberi seribu alasan untuk tidak meneruskan perjuangan bersama.