Sunday, March 27, 2011

laporan aku sebagai AJK persembahan PIBG...

Tamatlah sudah majlis PIBG Sekolah Kebangsaan TP. Penat yang telah terkumpul sejak minggu cuti yang lalu telah selamat dicas semula dengan bateri. Alhamdulillah, persembahan berjalan lancar walaupun ada sedikit kurang sempurna apabila salah seorangnya lupa step tarinya. Apa2 pun, nasib baik dia sempat cover semula. Mungkin latihan tidak cukup agaknya. Ingat lagi kata seorang penari, step tari harus dibuat berulang-ulang hingga sebati dengan diri agar secara berkekalan step itu tidak akan dilupakan langsung. Apakan daya...kalau dah majlis lepas cuti, murid ramai nak balik kampung...

Persembahan nyanyian/nasyid, seperti yang dirancang, mereka lakukannya dengan baik. Tambahan pula dengan pakaian yang bling2...i gave them 85%...Lepas semua persembahan, aku benar-benar mula rasa lega.

Tahniah kepada murid-murid yang berjaya... :)

Thursday, March 17, 2011

Latihan lagi??? Eh.....aku dipergunakan?

Sepanjang minggu cuti ni, alhamdulillah dapatlah aku rehat sedikit. Tetapi, latihan untuk persembahan tetap dan harus dijalankan dan selalunya memang aku seoranglah mengendalikannya (cikgu belum kahwin kannn? Baik latih budak daripada berfoya-foya..ehehe) lame excuse..again and again in the world of education in my country. Only in my country i guess.

Mummy: Rilekslah. Asyik ke sekolah je pagi2. Tengok jiran kita tu, cikgu jugak, balik kampung lagi haa..

Aku : Takpela mak, kalau ayin tak buat siapa nak buat. Lagipun memang dah kerja Ayin, tugas Ayin. Gaji tetap amik macam biasa kan??

Mummy: Yelah, tapi jangan merungut kata penat ke apa ke..

Aku : Mana ada mak, cuma tak faham kenapa masih Ayin seorang yang beriya-iya ni...

Mummy: Kalau macam tu, tak payah buat terus. Kenapa nak penat sorang2? Nanti orang lain claim credits tu sama-sama.

Aku : Alah mak, Ayin pun bukan nak claim credit ke apa ke baru buat semua ni. Satu, sebab dah memang kerja, satu lagi sebab kesian tengok budak-budak ni tak berpeluang membuat persembahan dan menyerlahkan bakat. Kalau cikgunya tidak bersungguh-sungguh, anak muridnya pun tidak ke mana..

Sebenarnya, memang kerja dan tugas mendidik anak bangsa ni sangat mulia. Ikhlas melakukannya walaupun keadaan guru zaman sekarang sudah tidak seperti cikgu2 zaman dahulu. Hectic schedule, lifestyle...seolah-olah macam sudah tidak ada ruang untuk bernafas. Akulah tukang sapu, akulah tukang kebun, akulah cikgu tarian, akulah cikgu vokal, akulah pakar motivasi, akulah security guard. Kata semua orang di luar tu, cikgu kene pandai multitasking, or else baik tak payah jadi guru. Cuma, tatkala kita yang beriya-iya seorang diri, lama-kelamaan kita akan jadi bosan dan muak dengan sikap sesetengah manusia. Namun, aku faham, bila sudah sibuk hampir 24jam setiap hari bekerja, waktu cuti ni umpama waktu untuk cikgu-cikgu merehatkan minda untuk memastikan battery sentiasa dicas semula. Tapi...kalau dah kerja tu due dia 4 hari selepas naik cuti, apakah kita harus terus merehatkan minda dan buat tak tahu sahaja?

Erm..nasib baiklah aku jenis positive thinking. Pandai memotivate diri setelah di'demotivate' oleh sesetengah pihak. Apa-apapun aku mohon kepada Allah agar terus diberi kekuatan untuk deliver yang terbaik untuk anak murid aku. Jika aku sudah mula melangkah, tetapi langkah terhenti hanya kerana rintangan dan halangan yang melanda, akulah orang yang paling rugi. :)

p/s: mau tidur...esok kene bangun pagi...mereka ada latihan lagi. :)