Saturday, May 28, 2011

UPdate Pertandingan Tarian Rampaian

Bahagian Inang dengan jayanya telah menutup tirai pada hari ini. Risaunya bila joget, asli dan zapin belum selesai, namun insyaAllah aku hendak menyelesaikannya dalam minggu cuti ini juga. By hook or by crook lahh...

Seperti biasa, semakin dekat dengan tarikh pertandingan, jantung ni semakin berdebar-debar pula. Banyak sangat rintangan dan dugaan yang perlu dihadapi kali ini tidak selancar tahun lalu. Walaubagaimanapun, aku kena tabah juga dan meneruskan apa yang telah aku mulakan beberapa minggu yang lalu.

Ramai yang mengeluarkan kata-kata untuk aku patah semangat dan lupakan saja tentang pertandingan ini kerana sebab-sebab tertentu tetapi aku masih berdegil..maybe that's what we called 'passion'.

Monday, May 2, 2011

Persiapan ke 25JUn2011

Okay....one after another...nak siapkan anak murid aku untuk pertandingan Tarian rampaian negeri Johor pula. Setakat ini belum mula apa-apa.Just audition sahaja, cari2 murid lelaki perempuan yang berpotensi. Sebelum aku terfikir hendak pindah sekolah atau tukar angin ni, i would love to contribute to my school. Sekali lagi, aku kerja ikhlas kerana Allah..dan aku sayang anak2 murid aku, that's why aku nak diorng join this competition. Jurulatih tari telah dihubungi...kita tengok dan lihat je la.

Oh yer..untuk pengetahuan semua juga, tarikh pertandingan ini clash dengan tarikh seseorang itu blahhh daripada kehidupan aku, yahooooooo! What can i say..it will be the most memorable :P

Sunday, May 1, 2011

Update Pertandingan Dwi Zapin...

Iya dong...udah lama pertandingan ini berlalu...
ni baru nak updet sikit cerita. Aku hantar dua kumpulan, alhamdulillah..dua2 menang!!! Group lelaki yang bawa zapin tenglu dapat johan, group perempuan yang membawa zapin melayu johor dapat tempat ketiga..berikutlah gambar-gambar, detik-detik kemenangan kami! Cikgunya malas nak intepremmm sebab cikgunya muka dah pucat2 minyak2 sebab nak anak murid nampak excellent :P