Tuesday, April 12, 2011

Pertandingan Dwi Zapin peringkat Johor Bahru..~~~

Tinggal 5 hari sahaja lagi untuk penyediaan pasukan ke pertandingan Dwi Zapin Johor Bahru. Leganya sebab perlu koreograf untuk 2 orang sahaja....lega?? Ingat senang yer nak koreograf pola lantai untuk 2 orang? Sungguh mencabar tau! Apa-apa pun, i have 5 days...exactly...5 days!! Dalam kepala aku sudah ada idea dan peserta-peserta yang hendak dibawa. Esok juga aku bertindak!! Chaiyok!

Walaupun ini pertandingan kecil sahaja dan tidak melalui PPD or Jabatan pelajaran Johor, tetapi yang pastinya juri-juri cukup profesional kerana mereka semua penggiat zapin Johor yang telah menceburi bidang kebudayaan ni begitu lama. So, jangan mau kencing itu juri dengan ragam tari yang hentah apa2 ye?? :)

Sesiapa yang berminat bolehlah memeriahkan lagi suasana.. see u in Skudai Parade @ 2 pm!!!

No comments:

Post a Comment