Saturday, April 16, 2011

Laporan persiapan kumpulan Dwi Zapin

Esok tibalah waktu untuk sekali lagi menempuh saat2 yang mendebarkan. Walaupun pertandingan ini tidak sebesar Pertandingan Zapin Peringkat Daerah yang pernah disertai sebelum ini, namun yang pasti perlu ada persediaan kerana jurinya bukan calang-calang.

Setelah hampir 2 tahun aku bergiat, alhamdulillah banyak perubahan dibuat mengikut pengetahuan tentang tarian tradisional yang semakin hari semakin menebal di jiwa ini.Esok akan dihantar 2 pasukan seramai 4 orang untuk menyertai pertandingan Dwi Zapin ini. Satu kumpulan perempuan, satu lagi kumpulan lelaki. Zapin yang akan disampaikan ialah Zapin Tenglu(langkah Pak Akob)dan Zapin Melayu Johor

Setelah 4-5 hari berturut-turut menjalani latihan, aku yakin persembahan yang akan dibuat nanti tidaklah begitu memalukan. Jika diikutkan, hendak sahaja aku menghantar 5 pasukan terus, tetapi buat apa kan kalau semua zapinnya menggunakan zapin yang sama? Tunggulah aku habis mendalami semua jenis zapin terlebih dahulu.

We are going for fun,but of course we are hoping to win!!! ;)

No comments:

Post a Comment