Thursday, January 27, 2011

Diari Tcher..... edisi 1...

"Assalamualaikum kelas," ayat rutin setiap kali aku masuk ke kelas ...erm kelas paling hujung untuk tahun 4. Kali ini batch 2011 pula....lain pula cohort yg kali ini.Mereka kurang matang, kebudak-budakan dan tidak pernah serius sewaktu belajar. Mereka menjawab salam aku dan mula membaca doa dengan penuh semangat(urm..faham ke tidak mereka dengan doa yang mereka baca ni?..fikir aku).

Tahun ini cukup-cukup menguji kesabaran apabila didapati 8 orang murid pemulihan yang belum pulih berada bersama. Hendak dikejar silibus, bimbang pula mereka tidak terkejar. Seperti biasa, Hani dan Firdaus (bukan nama sebenar), berlatih menulis A besarrrrr a kecilllll..........sampailah huruf Z. Latihan yang penuh dengan kosa kata, kata sendi, kata ganda, kata kerja hanya akan menyulitkan kepala dan membuka peluang kepada mereka untuk berkhayal.

Kesian...hendak dimarah, bukan kehendak mereka untuk tidak mengenal huruf. Siapa mahu buta huruf? Aku beralih pandangan kepada murid yang lain, cuba bertanya maksud peribahasa yang diajar semalam. Astaghfirullah....satu pun tidak ingat. Nampaknya, seperti biasa aku perlu mengulang beberapa kali peribahasa tersebut sehingga mereka ingat. "Apa maksud hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih??" tanya aku sekali lagi kepada murid-murid BUKAN pemulihan. Tidak ada satu jawapan pun diterima melainkan satu jawapan yang paling jujur "Saya lupalah, cikgu," Jawab N dengan begitu yakin....errr....resah gelisah aku dibuatnya.

Sabarlah wahai guru, inilah dinamakan dugaan apabila mengajar kelas yang belum cemerlang. Bagaimana hendak ubah mereka menjadi cemerlang? Mampu atau tidak? Tanda soal demi tanda soal. Aku cuma berharap suatu hari nanti mereka akan mencapai kesedaran untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mempermudahkan urusan aku menyampaikan ilmu. Kalau aku memberi tetapi minda mereka menolak, tak boleh juga kan? Sekianlah celoteh diariku kali ini....

No comments:

Post a Comment