Tuesday, December 21, 2010

ShoPaHoliC syndrome



Hari ini, gaji sudah!!! Happynya...boleh shopping. Shopping? Okay sebelum shopping jangan lupa ketepikan semua bayaran hutang yang perlu dibuat setiap bulan. Jika pernah menonton wayang 'The Confession of a shopaholic' atau pernah terbaca bukunya yang ditulis oleh Sophie Kinsella, aku pasti korang semua pernah melihat betapa mendatangkan keburukannya sindrom ini. Aku mungkin salah seorang daripadanya..OMG!! But i love the movie though..hehe :P

Hendak dijadikan cerita, hari ini aku ke Watson dan Farmasi Guardian untuk membeli barang-barang keperluan. Akhirnya aku telah menghabiskan RM130+ untuk semua barang itu. Namun, aku bernasib baik kerana semua barang yang aku beli itu ialah barang yang aku benar-benar mahu. Sebelum aku membuat bayaran tadi, aku sudahpun mengambil beberapa barang yang tidak berapa diperlukan tetapi telah meletakkannya semula kerana terrrrsedar betapa aku membazir jika membeli barang-barang yang tidak berapa diperlukan. Jika tidak sedar, aku hampir-hampir menghabiskan RM200+ untuk barang-barang yang tidak perlu. Barang yang aku maksudkan itu adalah seperti bekal air yang dianggap penting kerana mempunyai scale untuk menyukat air yang aku minum(hello??? Apa kata gunakan sahaja botol plastik atau apa-apa bekas air mineral yang ada di rumah..pun ada sukatannya juga right?), lipstick(i have like puluh-puluh of them olweady)...man! What is wrong with me..cm ne nak jimat ni?

Ada bezanya antara barang yang kita perlu dan barang-barang yang kita mahu. Kemahuan tidak semestinya dapat dipenuhi kerana perlu mengikut pada kemampuan. Sebaliknya, keperluan ialah perkara yang tidak boleh tidak ada dalam kehidupan ini. Kadang-kadang, sindrom shopaholic akan menyerang kerana sebab-sebab yang tertentu.

Punca sindrom Shopaholic:
1. Apabila terdapat banyak duit di dalam purse.
2. Kad kredit yang kelihatan berkilat dan berkilau-kilauan di dalam purse. (ambil dulu..bayar kemudian? hanya satu tandatangan?)
3. Nafsu shopping yang tidak terkawal...
4. Pengaruh iklan dan promosi.
5. Emosi tidak stabil..( erm..ini mungkin waktu kaum wanita mengalami perubahan hormon tidak menetu yang menyebabkan pembelian makanan sampah[junkfood] yang berlebihan atau lepas putus cinta, nak beli semua barang dalam shoppling complex?)
6. Tidak berfikir panjang sebelum membeli.

Cara untuk mengatasi pula pada aku ada satu sahaja yang paling berkesan:
1. Kad kredit / debit card simpan dalam tempat yang sukar dicapai atau jangan apply langsung.
2. Bawa duit cukup-cukup untuk perbelanjaan yang perlu sahaja seperti mengisi minyak kenderaan/tambang bas, teksi jika perlu dan makan...

Bila tidak ada duit, secara tidak langsung semua nafsu dan niat akan terkubur. Confession of a Shopaholic may be a funny movie but it's not funny when our real life is being burdened by unwanted debts. Menurut akhbar Utusan, seramai 87,583 individu diisytiharkan bankrap dan daripada jumlah itu, 4,651 atau 5.1 peratus diisytiharkan bankrap kerana terbabit dalam hutang kad kredit sehingga Oktober tahun ini. Kebanyakannya pula merupakan generasi muda...

Sebelum notaku ini sampai ke pengakhirannya, aku ingin memberitahu kepada generasi muda yang ingin memiliki kad kredit agar berhati-hati dengan kadar faedah yang dikenakan. Sekiranya kamu telah menggunakan RM4000, bayaran minimum untuk diselesaikan mungkin RM200+ sahaja. Namun, jika anda benar-benar hanya membuat bayaran minimum setiap bulan, anda mungkin hanya telah membayar kadar faedahnya sahaja dan hutang kamu tidak mungkin akan langsai sampai bila2...think again. Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Jika sanggup dilambung ombak, kerugian yang dialami jangan dikesali.. :)

A quote from The Shopaholic movie:

"You know that thing when you see someone cute and he smiles, and your heart kinda goes like warm, butter sliding down hot toast,that's what is like when I see a store. " - Rebecca Bloomwood

No comments:

Post a Comment