Wednesday, December 28, 2011

Rindunya........

Rindu apa? Rindulah dengan rakan-rakan yang hampir sebulan tidak ketemu...Rindu juga dengan kerja-kerjaku....Rindu juga dengan mejaku...Rindu juga dengan anak-anak muridku(ini 4 Januari baru terubat ya..)

Hari ini merupakan mesyuarat pengurusan kali pertama di sekolah yang aku mengajar. Setelah hampir 3 minggu tidak keluar di pagi hari, nak bangun tidur pun bercinta... ;) sesungguhnya, saya insan yang banyak kelemahan. Lebih-lebih lagi, aku telah ke kelas aerobox semalam..fuhh!! penat giler dan peluh menitik-nitik..but i like.. thumbs up!

Sampai-sampai jek...dapat menemui semula rakan-rakan sekolahku..maklumlah sekolah yang gurunya hampir 70 orang, hanya beberapa guru sahaja sempat ku tegur..yang lain-lain tu ku jeling-jeling manja or senyum-senyum je la. :) Rindu juga aku dengan kerja-kerjaku..

Hari ini, kami hanya sempat menandatangani borang SBPA dan opsyen pencen..aku terima SBPA although i never really know about tangga gaji ke or whatever..tengok baca berkali-kali pun tak faham..kalau kena tipu naya je kan? Tapi, sebagai penjawat awam, kami menurut perintah dan sekurang-kurangnya, aku tahu cuepecs tak akan membenarkan hak penjawat awam diperkotak-katik.Opsyen pencen pula, aku sain 60. Niat hati nak terus bekerja hingga usia 60 sekiranya masih mampu, walaubagaimanapun, apa akan terjadi pada masa akan datang masih samar...biar Tuhan sahajalah menentukan..semoga Allah SWT memberikan aku kesihatan tubuh badan untuk aku terus bekerja dengan ikhlas dan gigih..insyaAllah..

Tentang tugas pula, GPK aku belum siapkan?? Or belum perbanyakkan?? erkk...okay..apa-apa pun, aku dah tahu sebahagian daripada tugas aku. Antaranya, guru kelas, mengajar BM, KH dan muzik. Bezanya kali ni aku mengajar subjek teras di kelas pertama. Meaning....hopefully bijak sikit dan aku tinggal polish je bagi 'A' semua...insyaAllah..

Tugas bahagian kokurikulum, belum ditentukan. Tomorrow maybe..apa-apa pun..tingkatkan prestasi, kurangkan kontrolbesi ..assalamzz.. :)

No comments:

Post a Comment