Thursday, December 1, 2011

RepoRt Card Lama...korang masih ada?

Setelah bergelar seorang guru, aku perasan aku banyak membanding-bandingkan akademik murid dengan sahsiah mereka. Hari ini, sedang aku sibuk-sibuk mencari buku akaun simpanan aku yang entah hilang ke mana..aku yg sungguh unorganize.. :P Terjumpalah aku akan sebuah buku yang kelihatan sungguh usang dan pita pelekat yang digunakan juga kelihatan sedikit kekuningan sudahhhh (ini menunjukkan betapa lamanya buku ni tau..)

Apa yang dapat dilihat di sini, aku tidaklah aktif mana sewaktu zaman persekolahan. Aku seorang pustakawan biasa, melibatkan diri dalam kelab dan persatuan serta unit beruniform sebagai ahli biasa, dan mempunyai kerajinan dan tanggungjawab yang tinggi...(hahaha..ini guru kelas saya Cik Giam yang kata...sebab ada dalam sijil berhenti okay?)

Dari segi result..well, aku punya result pun so-so sahaja. Pada penggal kedua sewaktu aku form 3, my result is 2A5B dan 1D (for my science)...errr....banyak main dan khayal la tu... tapi masa PMR kan...saya telah membuat gempak kerana menjadi antara calon yang mendapat 7A 1B ( 'B' untuk Geografi kot..sbb mmg selama ni pun my sense of direction hancusss...hehehe)...yahh..inilah dikatakan calon yang tidak disangka-sangka. Tidak dinafikan, pada peperiksaan UPSR tahun ini juga terdapat calon sebegini...semua cikgu tak sangka dialah calon 5A kerana selama ini resultnya so-so sahaja... Rupanya...aku dan muridku ini pernah mengalami nasib yang sama. Tapi kes-kes near miss macam ni memang memeningkan kepala cikgu2..so aku di antara yang memeningkan kepala cikgu-cikgu aku sebelum aku dipeningkan :P it's so fair and square.

Tiba SPM...toksah cerita..memang tak study lerrr....adalah gagal subjek seperti add maths dan fizik. Bahasa Melayu pun 5C je kot...time aku tu dah takde gred 1 or gred 3 dah...main kira-kira bilangan A jerr...tu yang stress semacam tu. Akhirnya my SPM's result turn to be the biggest joke in my life..luluslah jugak, kalau kira agregat tu adalah dalam 18 kot. Tapi kalau kira A adalah 2 ketui je..yang lain kredit dan lulus je la.

Pencapaian NILAM(Nadi ILmu Amalan Membaca)aku...hampeh...lebih teruk kot berbanding anak-anak murid aku.Dalam masa 3 tahun, aku cuma baca 17 buah buku (ini apa yang aku catat, yang aku tak catat...cikgu aku tak tahu la kannn...). Baru aku tahu projek NILAM ni dah ada sejak aku sekolah menengah lagi.

Well, fellow students,seronok tak baca cerita cikgu di atas? Rupanya cikgu pun 2x5=10 ye mcm korang sumer?

(Kata-kata nasihat buat anak didikku atau para pembaca muda remaja yang dicintai)

Apa yang kamu lalui, saya juga pernah melaluinya..mungkin saya samalah dengan kamu semua. Tatkala sibuk menikmati zaman remaja, lupa tanggungjawab sebenar menuntut ilmu di sekolah. Sejak darjah 1, saya bukan murid tidak pandai, UPSR dan PMR tak study pun boleh lulus 'A' semua subjek dan dapat 'B' dalam satu subjek sahaja...Tetapi, Allah tidak akan beri sesuatu kepada kita dengan mudah setiap kali tanpa kita berusaha. Tiba SPM, haaa....padan muka saya dapat result yang tidak sehebat mana pun...Jenis lambat pick-up!!! Kenalah jatuh dulu baru tahu nak bangkit semula...sesal kemudian memang tidak berguna, tapi kalau bangkit semula dengan penuh bersemangat, apa salahnya kan?

(Kata-kata nasihat untuk para pembaca yang lain)

Kalau anda seorang guru, marilah kita cuba baca semula report card yang cikgu kita beri untuk kita sebelum kita nilai murid kita....Tidak perlulah terlalu exam oriented sangat kerana result yang hampeh tidak dapat menggambarkan langsung masa depan seseorang, stop being narrow minded yo..didik dan bimbinglah anak-anak itu dengan penuh kasih dan sayang :)

Kalau anda bukan guru, aku nasihatkan korang baca juga report card korang supaya korang leh ambil iktibar dan menjadi ibu dan bapa yang baik kepada anak korang serta kurangkan sikap suka menyaman cikgu anak-anak engkorang...

//maaf di atas kesalahan tatabahasa yang teramat banyak dan complicated yo!!

P/s: Kehidupan adalah pengalaman, pengalaman mendatangkan pengajaran...sekianlah laporan yang dapat dibuat setelah berjaya analisis semula report card lama aku tu..Excited sangatttt leh terjumpa..rindu Cikgu Zalela binti Mustaffa (Cikgu yang mengajar aku peribahasa ni sampai sekarang aku ingat 'Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'), Cikgu Lillye Abraham, Cikgu Giam dan Cikgu Rashidah Daud (cikgu yang suruh kitorang berdiri atas kerusi setiap kali sebelum jawab soalan sejarah):P Sebab aku tak saman cikgu-cikgu ni lah aku jadi manusia sekarang ni -_-

1 comment:

  1. Your story is almost similar like mine.
    Masa UPSR 4A (i only took 4 subjects saja unlike u! Pandainya, sampai masuk sekolah asrama).
    Masa PMR (7A1B - B was for my sejarah - seemed like style cikgu rasyidah tak memberi kesan)

    But, SPM - hamek bagiann - 3A and the rest B

    Not really that impressive after all.

    But then again, if too much into exam-oriented memang minda akan stiff, narrow minded.

    Yang penting - kemahiran. And yes, you are freaking important, coz u are Cekgu Kemahiran Hidup.

    Go on and teach them how to live life to the fullest!

    ReplyDelete