Okay...Pernah tak u guys tengok cermin dan rasa diri sudah berisi? Atau memakai tudung lepas tu rasa pipi dah tembam? Atau pakai jeans yang baru dibeli tak sampai setahun tapi lepas zip je rasa macam dah gila2 nyer ketat?? Kalau pernah...kita serupa..hehe. Tapi kalau tak pernah, memang korang adalah golongan beruntung kerana tidak ada masalah berat badan.
Entah kenapa..hari ini aku nekad sangat nak ke gym semula sebab rasa diri ni dah berisi berbanding sebelum ni. Maklumlah masa raya baru kena puji kurus sikit..naik je kerja dah ada orang tegur kata aku dah berisi sikit...bahagia gitu...haah...bahagia sebab makanan penuh atas meja.haha..
Masuk-masuk je aku kononnya nak walk in je..kata adik yang kat kaunter tu kalau tak bawa kawan walk in RM53. Aku pun angguk2 je la..lepas tu aku tanya pula tentang membership. Akhirnya aku sign jadi member selama 3 bulan dengan bayaran lebih kurang RM500+.
So hari ini aku hanya buat sedikit senaman di threadmill. Around 45minutes...aku pun mandi dan balik. Tak masukpun sauna or bilik steam bath. Maybe nxt time... Maybe akan ada perkara yang menarik untuk di'update' selepas ini...daaa
Stay healthy! :)
No comments:
Post a Comment