Wednesday, December 7, 2011
Omak Windu!!!
Sebenarnya bukan omak..ttapi 'ombak'. Ya!!! Ombak..oleh kerana typo yang telah dibuat selama beberapa kali, aku rasa Omak pun sodap bunyinyerr.. Esok aku akan ke pawagam untuk menonton Omak Windu ni. Ramai yang kata aku tangkap lentok...jiwang karat dan sebagainya kerana hendak menonton cerita yang sedih-medih ni, namun sebenarnya aku memang jiwang orangnya..dengar pun lagu beribu sesalan...kisah hati...jiwang tu erti kata lain berjiwa lembut (chewahh).
Sebenarnya, setahu akulah...yang buat aku nak tengok sangat sebab
1. Aku pernah baca novel ni masa aku di Matrikulasi dulu..pinjam buku siapa ntah. Aku baca malam2, ketagih sampai tak nak tidur dan terus-menerus baca sehingga subuh. Seingat aku juga, buku ni menyebabkan bantal dan selimut aku basah sebab aku nangis sambil hembus2 ingus..eeeeeeee...
2. Aaron berlakon... :wub: my type of guy...aiseymen.. :wub:
3. Aku tak malu mengaku aku ni berjiwa lembut dan sensitif...ehem ehem...sangat mudah tersentuh gitu.
Inilah penyebab aku nakkkkk sangat tengok citer ni..Kalau sesiapa nak tahu apa pendapat aku tentang movie ni..tungguuuuuuuuuu selepas hari esok. ITupun kalau teringatlah nak mengupdet blog ni..
Labels:
Ombak Rindu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment