Saturday, July 2, 2011

Lalui setiap hari seolah-olah anda akan mati pada keesokan harinya...

Selain tarian tradisional, satu lagi passion aku ialah menonton drama Korea dan Taiwan. Baru sahaja habis menonton drama korea yang bertajuk '49 Days' atau dalam Bahasa Melayunya '49 hari'. Kalau nak detail kenalah tonton sendirik...tapi kalau nak tahu ceritanya secara ringkas beginilah kisahnya:

Seorang gadis berusia 20++ tahun yang baru sahaja melangsungkan majlis pertunangannya ditimpa kemalangan jalan raya yang dahsyat sehingga menyebabkan dia koma / brain dead. Apa yang peliknya ialah roh gadis ini tercampak keluar dan boleh berkeliaran sana sini. Walaubagaimanapun, dia diberi tempoh 49 hari untuk membolehkan dia sedar semula daripada komanya. caranya, dia perlu mengumpul 3 titis air mata yang ikhlas menyayanginya dan 3 orang itu mestilah berlainan dan bukan merupakan ahli keluarganya.

Okay, so akhirnya memanglah roh itu dapat kembali ke jasadnya dan sedar semula, tetapi endingnya sangat spoil...boleh pula gadis itu akhirnya mati juga sebab penyakit lain. Ending yang sangat2 tak best. Tapi, ada jugalah moral value dalam cerita ini, seperti tajuk posting hari ini, we should cherish every single moment and person in our life everyday. Kata omputeh lagi' live life the fullest and let our life be meaningful not only to ourself but also to other people around us'.

Setelah menonton cerita ni juga, aku seolah-olah lebih menghargai setiap insan di sekeliling dan mensyukuri nikmat yang telah Allah berikan setiap hari. Pelik tapi benar, drama korea lagi besar impaknya terhadap penonton seperti aku berbanding cerita-cerita seperti Quran buruk, Ayat-ayat cinta, ketika cinta bertasbih ataupun Nur Kasih...hehehe....Walaupun drama korea ni memang tak logik dan tak dapat diterima dek akal apabila ada adegan roh tu pergi window shopping :) , tapi penceritaan yang relax dan simple macam nilah kadangkala membuatkan kita lebih banyak berfikir tentang erti kehidupan...cehhh..

1 comment:

  1. adei, sorry sebab lama menyepi di blog hang..
    bukan apa... ntah napa your updates were not being updated in my blogger buzz..

    so i thot u have abandoned your blog ni...
    anyway... me trying to catch up!!

    ReplyDelete