Sunday, June 26, 2011

Pertandingan Rampaian Tradisional Terbuka Negeri Johor 2011

Segalanya sudah pun selesai. Sekolah aku tidak mendapat tempat apa-apa, namun murid-murid tidak salah step dan telah membuat persembahan yang baik. Antara kesilapan yang berlaku dalam pertandingan ini bukan melibatkan gerak tari kami, tetapi disebabkan oleh susunan muzik (salah burn...tak set no gap between tracks...this is my fault :( ) sebab kononnya kitorang tak tukar-tukar baju...sebab tak ada turun naik pentas mcm kumpulan lain buat..eh ye ke kene tukar2 baju ni?? musykillah! itupun jadi kekurangan dalam kutipan markah ye? Tapi aku akui yang koreo kumpulan aku terlalu simple sampai dipukul teruk dengan markah koreo Sri Amar..

Aku sedikit kecewa sebab aku tak tahu benda ni until one of the staff from JKKN told me. Memang pengalaman pertama betullah! Dahla kumpulan pertama buat persembahan..heee...Namun, persembahan murid aku memang langsung tidak memalukan malah aku bangga dengan gerak tari mereka yang mengikut tempo dan seragam walaupun kadangkala formation diorng tak begitu sharp. What d u expect, 2 bulan tau!! Tambahan pula murid yang masuk ni ada 3 orang tak pernah perform in any show pun..

Sri Amar menang lagi dan seriously aku rasa nak gelak dengan gaya murid perempuan mereka membuat tarian asli kerana bongkok badannya bukan melentik tetapi seperti nenek-nenek si bongkok tiga...bukan niat nak kutuk, tapi memang betullah..yang lain tu, aku no comment sebab mmg koreonya agak power gitu. Budak2 mereka juga amat bersemangat. Kali ini kumpulan diva di JB ni tak pula masuk..pelik juga...

Apa-apa pun, aku tidak akan putus asa dan akan mula melatih murid awal2 agar mereka bertambah mantap di tahun2 akan datang. Pengalaman kali ini memang amat bermakna :)


No comments:

Post a Comment