Saturday, May 28, 2011

UPdate Pertandingan Tarian Rampaian

Bahagian Inang dengan jayanya telah menutup tirai pada hari ini. Risaunya bila joget, asli dan zapin belum selesai, namun insyaAllah aku hendak menyelesaikannya dalam minggu cuti ini juga. By hook or by crook lahh...

Seperti biasa, semakin dekat dengan tarikh pertandingan, jantung ni semakin berdebar-debar pula. Banyak sangat rintangan dan dugaan yang perlu dihadapi kali ini tidak selancar tahun lalu. Walaubagaimanapun, aku kena tabah juga dan meneruskan apa yang telah aku mulakan beberapa minggu yang lalu.

Ramai yang mengeluarkan kata-kata untuk aku patah semangat dan lupakan saja tentang pertandingan ini kerana sebab-sebab tertentu tetapi aku masih berdegil..maybe that's what we called 'passion'.

No comments:

Post a Comment