Monday, October 18, 2010

Pertandingan Zapin Johor 2010 telah selamat menutup tirai

Penuh semangat aku 'drive' ke Stadium Tertutup MPJB pada jam 7.05p.m tadi. Bukan hendak tahu sangat pemenangnya tetapi untuk menyaksikan persembahan daripada kumpulan Sanggar Pengembangan YWJ. Aku memang suka melihat budak-budak kecil menari, kerana mereka kiut. Rupa-rupanya, pada tahun ini, Yayasan ada mengadakan peringkat saringan di mana malam terakhir ni merupakan malam di mana kumpulan-kumpulan yang paling baik membuat persembahan sekali lagi. Wah...almaklumlah, bukan mudah hendak memenangi piala tahtim dan wang ringgit rm3000.00 itu.

Bagi kategori Sekolah Kebangsaan, pemenangnya tetap dirangkuli SK Bandar Pontian yang juga merupakan juara tahun lepas. Bukan sahaja koreografinya mantap, budaknya toksah katala...mantap dan bertenaga. Tahniah SKBP!! Apa yang aku perhatikan, busana mereka memang cantik, ongkosnya huhuhuhu...itu yang menjadi masalah besar aku apabila hendak menyertai Pertandingan ini :( sedihh..RM800 pun sudah dikatakan mahal. Hmmm....Tengoklah...kalau tahun depan tidak ada budget, aku tak nak join dah pertandingan ni.

Kekuatan aku untuk masuk pertandingan adalah kerana aku tahu kekuatan murid aku setelah aku melatih mereka selama setahun. Kelemahan mereka juga amat terserlah setelah memasuki dua pertandingan berturut-turut. Kelemahan akan aku kaji semula. Faktor busana, sanggul, koreograf perlu diambil kira.

Baiklah, aku sambunglah tulis pada hari-hari lain...penat sudah...selamat mlm

3 comments:

  1. salam..kl sy nk mntk wat persembahan tuk majlis kawen bole x?brp ye charge?

    ReplyDelete
  2. ni emel sy..sila reply a.s.a.p...murnie_aquagirl@hotmail.com

    ReplyDelete
  3. sorry...lama tak masuk blog ni :)
    jika berminat, mungkin boleh hubungi saya secara terus melalui akaun facebook saya,add saja di
    ID: Cikgu Shaz Md Shah
    tapi perlu 3 minggu lebih awal dari tarikh majlis kerana kami perlu masa untuk buat persediaan. Terima kasih :)

    ReplyDelete