Sebagai seorang ex-student dan menyedari hakikat sudah pinjam kenalah bayar. Aku tidak memahami apa hak PTPTN untuk saman aku khususnya. Well, yes..aku bukannya first class degree yang diberi keistimewaan tak payah bayar tetapi aku juga bukan pelajar yang menggunakan duit pinjaman itu untuk tujuan bermewah-mewah.
Tambahan pula, semalam aku minta tolong emak aku tolong bayarkan sebab aku ada miting plus kerja. Bank itu menyatakan kesulitan demi kesulitan kerana cara untuk membayar PTPTN tidak semudah kita membayar semula loan kereta atau rumah. Jadi, siapa yang salah ni? Hendak bayar kena beratur berjam-jam di kaunter. Well, PTPTN....now im no longer a student, my schedule is damn pack!!!Petang masih di tempat kerja, ini pun nasib baik sedang cuti.
Apabila ada berita tentang PTPTN mula hendak memotong gaji, aku akur sahaja. Aku tidak mahu marah atau melenting kerana aku rasa itu merupakan idea yang bagus untuk aku. Tak payah aku pening2 fikir nak bayar kat mana. Potong je lah, janji mesti ada agreement antara dua pihak yang aku nak bayar berapa sebulan daripada perlu berhadapan dengan kaedah membuat pembayaran yang menyusahkan hidup ni.
Seriously kalau ada pihak yang bekerja untuk PTPTN membaca artikel aku ni, aku nak memberitahu bahawa sekiranya membayar PTPTN semudah membayar loan rumah loan kereta, aku rasa tak adalah sampai rm5.1 billion tidak dibayar semula. Kalau sekarang sudah ada e-gaji...e-kehadiran...blablabla...apa kata pihak PTPTN mereka satu sistem yang memudahkan kami untuk melangsaikan hutang tidak kira di mana kami berada. At least kalau ada akaun number, kami boleh terus deposit ke dalam akaun tersebut. Internet banking tidak semudah menggunakan cash deposit machine sebab tidak semua tempat ada internet!!!
Memang betul..hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih (aku bukan sengaja cipta alasan...sedangkan hutang lain aku tepat masa je bayar..cantik je tak pernah skip2). Tetapi, salah satu cara penyelesaiannya adalah penambahbaikan sistem2 / kaedah untuk kami yang sibuk bekerja ni membuat pembayaran.
p/s: Just imagine kalau penjawat awam yang posting di pedalaman tu, setahun sekali atau sebulan sekali baru nak keluar ke bandar. Naik bot la pulak tu....cam ne depa nak bayar kalau hanya Maybank dan BSN je terima bayaran PTPTN??? Mayban2u??? Internet??? Ada ke meliputi semua kawasan?? BTW...aku tidak kene saman lagi, kalau aku kena naik court, mebi aku akan ceritakan perkara yang sama di mahkamah. Biar pihak PPTN fikirkan apa yang aku nak suarakan ni.
No comments:
Post a Comment