Saturday, December 25, 2010

Anjuran program paling teruk yang pernah aku tengok..

Semalam aku seperti biasa ke rumah makcik aku yang berada di Uxx. Makcik aku ni pernah keluar album nasyid, dan dia memang seorang penyanyi yang mempunyai suara lantang dan mantop. Sekarang bila dia sudah pencen ni, dia banyaklah menyertai persatuan2 kelab2. Hari ini, aunt aku ni ajak aku jadi pengadil untuk satu pertandingan nyanyian karaoke. Since aku anak pemuzik, so supposely aku pun retilah sedikit tentang muzik kan...walau tak sehebat ayah aku. Kata aunt aku, pertandingan ni hanya melibatkan kawasan kejiranan Uxx situ je...so, tak kisahlah walau aku bukan profesional, asalkan aku tak buta/pekak note. Nak suruh nyanyi2 karaoke tu..ehem...bolehlah juga..

Pagi-pagi lagi, aku sudah siap2. Tepat jam 8.30 pagi aku sudah terpacak kt depan umah aunt aku ni..Then aunt aku plak belum siap. Okay fine...aku pun tunggula kat umah dia..tengok tv..citer AC Mizal...citer cinta gila lakonan Rita Rudaini..whatever..sedikit pun tidak dapat menarik minat aku. Tepat jam 9.30, aunt aku dapat panggilan yang pertandingan itu tidak mendapat sambutan..Hah?? So, tak payah jadi pengadil la. Aku pun pergi sarapan dengan makcik aku. Terpaksalah aku teman makcik aku dan makan wantan sup. Sedaplah juga..tapi fikirkan diet aku, aku hanya makan separuh je.

Tiba-tiba, kawan aunt aku call lagi kata ada acara 'nyanyi suka-suka', siapa nyanyi terus dapat hadiah. Oleh kerana Makcik aku memang suka menyanyi, dia nak pergi, dan aku pun temanlah dia. Bila sampai situ, aku terperanjat melihat program yang dianjurkan di dewan itu. Nampaklah ada seorang lelaki yang mukanya seperti pernah ku lihat. Rupa-rupanya dia ni YB yang pernah memberi ceramah di tempat kerja aku. Program ini sememangnya tersangatlah tidak teratur. Entah apa-apa entah...

Makcik aku suruh aku nyanyi, aku pun ingat nak nyanyi je suka-suka. Tiba-tiba, masa aunt aku dan aku sedang memilih lagu, ramai pula orang yang nak masuk karaoke ni..aik?? Maka, aku dan makcik aku pun diminta menjadi pengadil pula..masa tu sudah 11.00 tengah hari youu.. Seorang pakcik ini sudah bersemangat memegang mikrofon dan sudahpun memilih lagu Broery Marantika 'Biarlah bulan bicara sendiri', muzik pun mula berkumandang daripada PA system yang paling kokak yang pernah aku lihat(which sound system sekolah aku jauh lebih baik). Hampir 7-8 kali pakcik tu ulang perkataan 'bulan sabit....'...'bulan sabit....' tak habis-habis asyik dapat nyanyi sampai perkataan 'sabit' je..kesian pakcik tu. Akhirnya, pertandingan karaoke itu tidak dapat diadakan kerana masalah teknikal iaitu PA system rosak/tidak berapa elok. Erk!!

Akhirnya, aku dan auntie aku pun dipersilakan baliklah. Takkan mahu duduk situ tengok orang-orang main ping-pong atau anyam ketupat lak.. Teerdapat seorang lelaki bersongkok berilah kami yang 'pengadil tak jadi' ni wang sagu hati dan sehelai T shirt. Mujurlah juga, kalau tak memang rasa rugi dan tak berbaloi je berkejar-kejar pagi ni. Baik aku bertafakur atas katil... -_-"

p/s: Inilah program/pertandingan yang paling lousy yang pernah aku lihat. What can i say, if the programme is held in my school, it will be 1000x better. Untuk menganjurkan programme begini, plan and organizelah sebaik mungkin.. hishh..buat malu kaum je.

No comments:

Post a Comment