Saturday, September 4, 2010

Pertandingan Zapin Daerah JB 2010

Sudah sememeh anak murid aku!




me wit two of da gurls...the make up wore off alweady


Don't ask me why sanggul dah takde rupa sanggul..bayangkan dari pagi sampai ke petang..solat pun sudah cukup membuatkan sanggul itu musnah..saya rasa saya kene belajar buat sanggul la


The boys...mereka ni sudah menjadi anak didik YWJ..alhamdulillah :)




Sebenarnya peristiwa ini sudah lama berlalu. Tetapi, oleh kerana saya telah memulakan blog saya pada bulan September, maka saya akan bukak cerita ni juga kerana it's like my own history moment gituu..

Tahun ini, pertama kali aku menyertai Pertandingan Zapin Peringkat Daerah 2010. Alhamdulillah...agaknya team aku memang menari dengan baik dan tidak lupa step, we got naib johan untuk peringkat Sekolah Rendah. First time masuk dah dapat naib johan, okay aper---> ni kata orang-orang la.. Aku tidak ada apa-apa perasaan waktu itu, walaupun bukan diumumkan menjadi juara, anak murid aku melonjak kegembiraan. Yela..kali pertama masuk kan??? Walau sekolah kami tak seglemer sekolah lain yang sudah established dalam zapin...pulak tu koreografernya aku yang masih agak mentah(tetapi aku mengaku aku rajin buat research tentang zapin). Budak-budak ni pula menggunakan masa yang agak panjang juga untuk dilatih, mungkin berkat usaha kami semua...Allah sahaja yang mengetahui..

Zapin yang ditandingkan 'Zapin Melayu Johor' yang asalnya memang dari Daerah Johor Bahru. Salah satu faktor kemenangan mungkin disebabkan bebudak ni menari mengikut tempo dan tidak kaku dalam berzapin walaupun 'Zapin Melayu' ini ragam tarinya agak 'lembut' dan 'tersusun'. Lagi satu, faktor peserta yang aku pilih kali ini memang agak cantik geraknya, kesalahan ada tapi boleh dikira dengan jari.

Kenapa dapat no.2 tetapi bukan juara? Aku rasa ini ada masalah dengan koreografinya juga..aku budak baru belajar..bertatih lagi orang kata.. dan mungkin ragam tari yang sepatutnya lebih perlu digunakan? Sebab sebenarnya banyak lagi ragam yang aku tidak gunakan. Ini aku rasa jela.. Well, terkejut juga bila yang dapat juara bukan lagi sekolah yang memang setiap tahun menang.. dan sekolah aku muncul sebagai second team out of 6 groups.


Walaupun hadiah yang kami terima tidak sebesar/se'best' hadiah untuk peringkat negeri..tetapi alhamdulillah. Dapatlah mereka enjoy dan melantak di Pizza Hut (janji aku). Kenangan yang agak manis dan sukar untuk dilupakan.



No comments:

Post a Comment