Tuesday, September 7, 2010

Fadhilat wudhu

Kawan-kawan...mengapakah kita berwudhu? Sebab hendak solat kan?? Tahukah kamu faedah berwudhu? Alhamdulillah Allah itu Maha Pengampun, rupa-rupanya setiap wudhu yang sempurna dapat menggugurkan dosa-dosa kecil yang dilakukan. Namun, ini tidak bermakna kita harus mengambil kesempatan dan mengulangi dosa itu berkali-kali. Ini adalah kerana, Allah suka kita taubat dan menginsafi kesilapan yang kita lakukan. Sayangnya Allah kepada kita kan?Mengapa kita tidak menyayangiNya dan mendengar kata-kataNya?

Firman Allah S.W.T:

”…Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang bersih (Al-baqarah : 222)”

Jika kita seorang ibu, kita mahu anak kita menghormati dan menyayangi kita serta mendengar nasihat kita bukan? Begitulah ibaratnya...Jika sayang Allah, kita lakukan apa yang Dia suruh dan meninggalkan laranganNya. Salah satu tanda kita disayangi Allah SWT ialah kita turut disayangi oleh makhluk sekeliling.

Sesungguhnya wudhu yang sempurna bukan hanya menjamin solat diterima tetapi juga boleh menghapuskan doa-dosa selagi tidak melakukan syirik.

Rasulullah saw bersabda :
“Dari Abu Hurairah berkata: telah bersabda Rasulullah saw: Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk maka setelah ia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya bersama air atau titisan air yang terakhir. Sewaktu ia membasuh kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwuduk ia bersih dari dosa-dosanya. (hadis riwayat muslim)”

Selain daripada itu, antara fadhilat lain wuduk ialah mengangkat darjat manusia.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu:
“Sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda: Sukakah kamu semua sekiranya aku tunjukkan kepada kalian akan amalan yang dapat menghapuskan kesalahan-kesalahan dan mengangkat beberapa darjat kalian? Mereka menjawab: Ya, wahai Rasulullah. Maka Baginda saw pun bersabda: Iaitu (antaranya) menyempurnakan wudhu walaupun dalam keadaan yang tidak disenangi (seperti kesejukan dan sebagainya) (Hadis riwayat Muslim)”
Seterusnya, wudhu dapat memberi cahaya di akhirat.

”Sesungguhnya umatku dipanggil pada Hari Kiamat dalam keadaan bercahaya wajah-wajah, tangan-tangan & kaki-kaki mereka kerana bekas wudhu (Riwayat Bukhori & Muslim)”
Pernahkah kita dengar bahawa wudhu dapat membuka ikatan syaitan? Ya, Rasulullah ada bersabda bahawa ikatan syaitan pada manusia akan terlerai dengan wudhu.

“Dari Abu Hurairah, beliau meriwayatkan dari Rasulullah saw, bahawa syaitan mengikut manusia ketika tidur di malam hari, dengan tiga ikatan. Kemudian Rasulullah saw memberitahu cara untuk merungkai ikatan tersebut, dalam sabda Baginda saw: Sekiranya dia (manusia) bangun (dari tidurnya), dan mengingati Allah, bebaslah satu ikatan. Sekiranya dia berwudhu pula, bebaslah satu ikatan lagi, dan sekiranya dia bersolat, bebaslah satu ikatan lagi. Maka dia akan menjadi segar dan baik dirinya. Sekiranya dia tidak melakukannya (berzikir, wudhu, dan bersolat), maka dia akan menjadi buruk dan pemalas. (hadis riwayat. al-Bukhari)”
Wallahualam...




No comments:

Post a Comment