Monday, September 6, 2010

Alahai akakkkk...

Setelah selesai berbuka puasa, aku gerak ke sebuah surau yang letaknya di dalam shopping complex untuk menunaikan solat Maghrib. Terkejut juga apabila masuk ke dalam, ambil wudhu pun beratur..almaklumlah ramai yang sudah mula membeli-belah untuk menyambut Hari Raya..Aku pun ikutlah beratur..

Sedang-sedang beratur, ada akak ni duk sondol2 aku. Sabarlah kak...takdenya sesiapa akan mencelah atau potong Queue.. -_- Selepas itu, terdengar..aku terdengar, bukan curi-curi dengar, dah suara dia agak hampir dengan telingaku. "Itu mesti indon tu, mana boleh tangan letak di dada ketika sembahyang, orang kita kan letak tangan di atas pusat!! Mesti indon tu". tak semena-mena aku pun ikut tertoleh ke arah kakak yang sedang solat itu. Ya Allah, kalau ye pun janganlah mengutuk orang sebelum solat, entah-entah solat kakak itu lebih ikhlas daripada kau akak!!! Bisik hati kecilku. Tak puas kutuk seorang, dia sambung kutuk lagi seorang. kelihatan seorang wanita yang bersolat tanpa mengenakan telekung...uiiiii mana sah??? Tidak sah solat dia...ujar akak yang beratur di belakang aku ni seolah-olah seorang ustazah tidak bertauliah. Aku rasa jika ustazah pun tidak pandai mengutuk, malah kalau hendak betulkan adalah cara yang lebih berhemah. All i can say is this akak(yang aku tak nampak muka ni), is dem annoying!

Untuk mencari jawapan yang sebenar, aku cuba google untuk mendapatkan maklumat yang paling tepat. Namun apa yang aku dapat cari, posisi tangan boleh diletakkan sama ada di dada, di pusat, di bawah pusat atau di atas pusat pun..tetapi tangan kanan hendaklah berada di atas tangan kiri dan penting untuk merapatkan tangan ke tubuh (lagi-lagi wanita). Yang pentingnya solat untuk/demi Allah SWT. Walaupun di Malaysia kita telah terbiasa meletakkan tangan di atas pusat tidak bermakna kedudukan tangan di dada itu merupakan ajaran sesat..selidik dulu wahai akak...

inilah sumbernya: http://soalsolatumum.blogspot.com/2010/06/tempat-meletak-kedua-tangan-saat.html

"Maka dengan ini jelas bagi kita semua bahawa meletakkan tangan di atas dada ketika berdiri dalam solat mempunyai dalil yang sahih dari Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dan ianya juga merupakan salah satu dari pendapat ulama’ Ahlus Sunnah wal Jamaah. Maka seharusnya umat Islam di Malaysia berlapang dada dalam menerima sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam ini walaupun ianya tidak biasa diamalkan di sini."
wallahualam....
Isu pakaian ketika solat. Sebenarnya solat dengan pakaian yang menutup aurat tidak menjadi salah. Namun, untuk lebih meyakinkan, kita mengenakan telekung. Pucuk pangkalnya, Allah maha pengampun dan penyayang, manusia yang tidak lupakan Dia tetap disayangi...solat yang terbaik adalah solat yang khusyuk dan ikhlas. Hati manusia bolehkah kita nilai dengan mata kasar? Namun, pakaian menutup aurat ketika solat adalah amat penting kerana kita menemui kekasih kita (Allah). Pakailah pakaian terbaik ketika menghadapNya.

1 comment: