Memang tidak dinafikan, budaya kita di Malaysia memang susah nak lepas dari jemputan-jemputan ke majlis yang menghidangkan pelbagai makanan yang meyelerakan. Tidak kira samada musim perayaan (Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali) ataupun musim perkahwinan (tak henti-henti sepanjang tahun!!!) kita tak boleh lepas dari jemputan-jemputan dari kawan-kawan dan ahli keluarga.
Dilema kita di sini, ketika di gym, trainer menasihatkan kita untuk menjaga makan sebagai pelengkap untuk senaman kita, tapi sebagai seorang yang berhati mulia kita tak boleh menolak jemputan dari kawan-kawan dan ahli keluarga kita.
Jadi macam mana kita nak berhadapan dengan situasi ini?
Pertama sekali kita perlu memahami, jika kita mempunyai target untuk mendapat bentuk badan yang kita idamkan, kita mesti mempunyai disiplin yang kuat untuk mematuhi program diet dan senaman yang telah ditentukan.
Kedua kita juga perlu memahami, dalam usaha kita mencapai target tersebut, kita perlulah berasa seronok dan bersemangat untuk melakukannya. Jika kita terlalu menahan diri, kita akan mudah berputus asa. Malahan biasanya orang yang berputus asa dalam usaha mereka akan mengalami penambahan berat badan dengan lebih cepat dari biasa.
Jadi berita baik disini ialah anda boleh 'menipu' atau memberikan sehari dalam seminggu (cheat day) untuk menikmati makanan kegemaran anda. Terdapat artikel di Bodybuilding.com (http://www.bodybuilding.com/fun/fawnia3.htm) dan beberapa artikel di journal fitness yang menerangkan konsep ini dengan lebih jelas lagi.
Antara kebaikan 'cheat day' ialah:
1) Membantu mengawal rasa keinginan terhadap makanan kegemaran anda.
2) Mengurangkan tekanan terhadap program diet yang sedang anda ikuti.
3) Lebih praktikal untuk jangkamasa panjang. (Bolehkah anda tinggalkan nasi lemak untuk selama-lamanya?)
4) Jika mengikut teknik yang betul boleh membantu meningkatkan metabolisma anda.
(Diet yang rendah lemak dan kalori akan memperlahankan metabolisma dalam jangkamasa panjang. Sekiranya anda mengambil kalori yang tinggi ketika 'cheat day', badan anda perlu bekerja lebih untuk membakar makanan tersebut, maka boleh meningkatkan metabolisma anda sehingga hari-hari berikutnya)
5) Meningkatkan tenaga anda. (Diet yang strict boleh menjadikan badan anda letih dan lesu).
6) Sekiranya anda seorang yang kurus berazam untuk menambah berat badan, dan mula makan ayam dan telur setiap hari....anda mungkin akan mengalami masalah hilang selera makan. 'Cheat day' adalah cara yang baik untuk anda meningkatkan kembali selera makan anda.
7) Secara psikologinya akan menjadikan anda lebih rajin untuk kembali bersenam dihari berikutnya.
8) Dan yang utama sekali anda boleh berseronok macam orang lain yang tidak mengikuti program diet!!!!
Berikut adalah tips-tips yang boleh anda ikuti untuk mengamalkan 'cheat day' didalam program diet anda.
1) Lakukan senaman yang berintensiti tinggi sebelum anda menyerang mana-mana majlis kenduri.
Selepas anda bersenam dengan kuat, anda akan kekurangan glikogen, gula dan lemak didalam aliran darah anda. Jika anda makan besar selepas bersenam dengan gigih, kalori berlebihan dari nasi minyak dan rendang tok (sebagai contoh), akan terus digunakan oleh otot anda untuk tujuan membaik pulih dan pembesaran. Kadar insulin juga akan meningkat ketika ini, namun memainkan peranan untuk memberi makanan kepada otot anda bukan untuk pengumpulan lemak. Jadi jika anda makan dikenduri selepas senaman, peluang untuk anda mengumpul lemak adalah rendah.
2) Elakkan makan besar dekat dengan waktu tidur.
3) Cuba tumpukan makan besar anda kepada satu waktu makan sahaja (contohnya makan pagi atau tengahari)
4) Dan yang paling penting sekali pastikan anda kembali kepada program diet dan senaman anda pada hari yang berikutnya!!!
Jadi kesimpulannya disini, walaupun anda sedang mengikuti program diet dan senaman, anda tidak semestinya perlu menahan diri anda terus dari menikmati makanan kegemaran anda ataupun menghadiri majlis kenduri atau rumah terbuka. Jadi cadangan saya, jika anda bercadang untuk menghadiri majlis kenduri hujung minggu ini pastikan pada pagi tersebut anda berada digym untuk bersenam dengan gigih sekali!
- credits to iluvislam.com
No comments:
Post a Comment