Perasaan ini memang berdebar-debar. Walaupun yang akan menari nanti bukan aku tetapi anak murid aku, tetapi perasaan ini tetap tidak menentu. Kenapa? Sebab untuk pertandingan ini aku sudah mengeluarkan hampir 100% effort bukan dari segi tenaga sahaja malah juga melibatkan $$$ yang banyak. Walaubagaimanapun, sudah cukup atau boleh ke tidak...is still a question.
Menurut Kak D, tarian kami masih kurang pesona dan kurang seragam. Although i think that budak aku agak cepat mengikut dan mendapatkan step tetapi masih banyak perkara di sini yang aku perlu polish, lebih-lebih lagi asli. Seksa juga hendak penari2 cilik mengikut rentak asli yang penuh gemersik dan perlukan gerak gaya yang gemalai. Al- maklumlah di dalam group ini adalah beberapa orang penari cilik yang agak baru dalam bidang persembahan tarian, jadi takut-takut kalau debaran yang lebih itu akan menutup gaya mereka yang sedia ada.
Jika hendak dibicarakan tentang effort, sekolah lain pun apa kurangnya? Sudah tentu masing-masing juga mengeluarkan 100% effort untuk pertandingan ini. Pertandingan ini peringkat negeri, maka kita boleh bayangkanlah yang menyertainya pun bukan calang-calang. Sudah pasti kesemua daerah akan rebut-rebut mendapat tempat dalam pertandingan ini.
Kalau pertandingannya esok, aku mungkin merasakan bahawa tidak ada peluanglah group aku nak meraih kemenangan kerana kami baru sahaja habis berlatih untuk asli. Kalau minggu depan, insyaAllah aku akan cuba polish semaksimum yang mungkin. Pendek kata, kali ini ala2 berhabislah...keputusannya wallahualam...Cuma aku berharap, lepas pertandingan ini, pihak tertentu akan buka mata yang mereka perlu beri sokongan sekiranya mahu mendapatkan hasil yang baik kerana setiap individu peroleh bakat cuma perlu dicungkil sahaja.
Kalah menang adat bertanding, aku selalu pesan kat anak murid aku, kalau sudah buat yang terbaik tetapi masih gagal meraih kemenangan, usaha yang dibuat itu sudah memadai. Mereka akan tetap menjadi pemenang / johan di hati cikgunya ini...chewahh :P
Apa-apa pun, sesiapa yang terbaca artikel ini, sila doakan kejayaan kami ya? tata titi tutu...
Monday, June 13, 2011
Tuesday, June 7, 2011
Dua minggu Cutiku....eh cuti ke??
Tak cuti...tak cuti..aku sdg busy dengan segala persiapan. Budak tarian kena banyak motivation. Sebab itulah, ramai yang malas nak siap-siapkan budak untuk pertandingan atas beberapa sebab tertentu:
-maybe takde sokongan parents
-or....banyak masalah yang timbul daripada penari cilik sendiri bila suruh berlatih sewaktu cuti :P --->hal komitmen la ni..sikit punya payah nak datang latihan
Apa2 pun... kini aku telah berjaya menghabiskan inang, joget dan zapin, so tinggal asli je la. Semua ni dengan bantuan jurulatih luar cikgu D...tengkiu very much. Aku memang suka dengan pola lantai yang dia buat, simple and nice tapi bolehkah budak-budak aku perform is still a question.
Okie dokie...Kalau ada sesiapa yang berminat untuk menyaksi dan memeriahkan Pertandingan Tarian ini bolehlah ke Plaza Angsana nanti yer?? Jangan lupa sokong kumpulan kami..Seri Tanjung :)

Saturday, May 28, 2011
UPdate Pertandingan Tarian Rampaian
Bahagian Inang dengan jayanya telah menutup tirai pada hari ini. Risaunya bila joget, asli dan zapin belum selesai, namun insyaAllah aku hendak menyelesaikannya dalam minggu cuti ini juga. By hook or by crook lahh...
Seperti biasa, semakin dekat dengan tarikh pertandingan, jantung ni semakin berdebar-debar pula. Banyak sangat rintangan dan dugaan yang perlu dihadapi kali ini tidak selancar tahun lalu. Walaubagaimanapun, aku kena tabah juga dan meneruskan apa yang telah aku mulakan beberapa minggu yang lalu.
Ramai yang mengeluarkan kata-kata untuk aku patah semangat dan lupakan saja tentang pertandingan ini kerana sebab-sebab tertentu tetapi aku masih berdegil..maybe that's what we called 'passion'.

Monday, May 2, 2011
Persiapan ke 25JUn2011
Okay....one after another...nak siapkan anak murid aku untuk pertandingan Tarian rampaian negeri Johor pula. Setakat ini belum mula apa-apa.Just audition sahaja, cari2 murid lelaki perempuan yang berpotensi. Sebelum aku terfikir hendak pindah sekolah atau tukar angin ni, i would love to contribute to my school. Sekali lagi, aku kerja ikhlas kerana Allah..dan aku sayang anak2 murid aku, that's why aku nak diorng join this competition. Jurulatih tari telah dihubungi...kita tengok dan lihat je la.
Oh yer..untuk pengetahuan semua juga, tarikh pertandingan ini clash dengan tarikh seseorang itu blahhh daripada kehidupan aku, yahooooooo! What can i say..it will be the most memorable :P

Sunday, May 1, 2011
Update Pertandingan Dwi Zapin...
Iya dong...udah lama pertandingan ini berlalu...
ni baru nak updet sikit cerita. Aku hantar dua kumpulan, alhamdulillah..dua2 menang!!! Group lelaki yang bawa zapin tenglu dapat johan, group perempuan yang membawa zapin melayu johor dapat tempat ketiga..berikutlah gambar-gambar, detik-detik kemenangan kami! Cikgunya malas nak intepremmm sebab cikgunya muka dah pucat2 minyak2 sebab nak anak murid nampak excellent :P

Monday, April 18, 2011
Erti Ikhlas
Kerja aku gila-gila punya banyak. Aku kadang-kadang rasa penat sangat sebab tak menang tangan. Akan tetapi, sesungguhnya aku melakukan segala kerja ikhlas kerana Allah SWT. Mesti kita semua pernah berasa sedemikian..
- Kenapa asyik aku je yang buat orang lain tak payah buat ke?
- Kenapa dia tidak pernah mengucapkan terima kasih terhadap apa yang telah aku buat?
- Kenapa dia tidak tahu menghargai usaha aku selama ini?
- Kenapa mesti aku yang perlu siapkan ini seorang2?
- Cepatlah siap....malas aku nak buat semua ini. Kan anak bini aku tinggal kat rumah tu....
- Kenapaaaaaa?
Statement di atas hanya akan menimbulkan tekanan sahaja kepada diri kita sendiri. Sesungguhnya..Allah berfirman:
"Bila anda mengharapkan cinta, kasih sayang, pujian, kejayaan, kegembiraan dan pengiktirafan daripada insan lain, anda akan putus asa. Satu-satunya cara untuk anda menikmati hidup yang tenang dan penuh makna ialah dengan meletakkan harapan semata-mata kepada Allah. Di dalam Al-Quran Allah berfirman: 'Ingatlah, bahawa dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram.' Surah Ar-Ra'd: 28.'"
Dalam Islam, Allah hendak kita buat apa-apa pun berniat ikhlas. Jika kita ikhlas membuat sesuatu, sudah tentu kita tidak mengharap sebarang pembalasan. Kita akan melakukan sesuatu dengan penuh kesungguhan tanpa dipinta-pinta. Bila kita ikhlas juga, kita dapat mengurangkan tekanan dan kepenatan yang dirasa bagaikan angin lalu. Masih aku ingat bagaimana aku seorang menyediakan pasukan zapin yang pertama untuk pertandingan zapin peringkat Daerah...waduhhh....penatnya tidak terkata..siang malam latihan, Tuhan sahaja yang tahu penatku bagaimana. Haaaaa...nampak, Tuhan sahaja yang tahu keikhlasan kita itu dan kejayaan yang diberi insyaAllah setimpal dengan apa yang kita usahakan. Jauh di sudut hati, aku ikhlas mengajar dan melatih murid-murid aku agar mereka turut boleh berasa bangga dan bersemangat dengan pencapaian mereka di sekolah itu.
Ada seorang makcik ini, sering merungut kepada aku tentang bagaimana tanggapan orang lain terhadapnya. Tidak buat kerjalah...kata dia ni banyak mengularlah..sedangkan makcik ini memang jenis rajin juga bekerja, cuma faktor usia dan kekuatan dirinya yang semakin berkurang membuatkan dia agak perlahan sedikit berbanding dengan orang muda seperti aku. Aku faham perasaan makcik tu, tetapi, bagi aku, Allah Maha mengetahui, Dia nampak dan tahu kita kerja dan niat kita apa? Hendak menunjuk? hendak mendapatkan harta atau nama? Hendak menganiaya orang lain? Atau sekadar ikhlas dan melakukan semua perkara demi Allah SWT. Mulut manusia, biarlah mereka berkata, biarlah mereka mengeji, yang penting kita bekerja dengan IKHLAS.

Subscribe to:
Posts (Atom)