Perasaan ini memang berdebar-debar. Walaupun yang akan menari nanti bukan aku tetapi anak murid aku, tetapi perasaan ini tetap tidak menentu. Kenapa? Sebab untuk pertandingan ini aku sudah mengeluarkan hampir 100% effort bukan dari segi tenaga sahaja malah juga melibatkan $$$ yang banyak. Walaubagaimanapun, sudah cukup atau boleh ke tidak...is still a question.
Menurut Kak D, tarian kami masih kurang pesona dan kurang seragam. Although i think that budak aku agak cepat mengikut dan mendapatkan step tetapi masih banyak perkara di sini yang aku perlu polish, lebih-lebih lagi asli. Seksa juga hendak penari2 cilik mengikut rentak asli yang penuh gemersik dan perlukan gerak gaya yang gemalai. Al- maklumlah di dalam group ini adalah beberapa orang penari cilik yang agak baru dalam bidang persembahan tarian, jadi takut-takut kalau debaran yang lebih itu akan menutup gaya mereka yang sedia ada.
Jika hendak dibicarakan tentang effort, sekolah lain pun apa kurangnya? Sudah tentu masing-masing juga mengeluarkan 100% effort untuk pertandingan ini. Pertandingan ini peringkat negeri, maka kita boleh bayangkanlah yang menyertainya pun bukan calang-calang. Sudah pasti kesemua daerah akan rebut-rebut mendapat tempat dalam pertandingan ini.
Kalau pertandingannya esok, aku mungkin merasakan bahawa tidak ada peluanglah group aku nak meraih kemenangan kerana kami baru sahaja habis berlatih untuk asli. Kalau minggu depan, insyaAllah aku akan cuba polish semaksimum yang mungkin. Pendek kata, kali ini ala2 berhabislah...keputusannya wallahualam...Cuma aku berharap, lepas pertandingan ini, pihak tertentu akan buka mata yang mereka perlu beri sokongan sekiranya mahu mendapatkan hasil yang baik kerana setiap individu peroleh bakat cuma perlu dicungkil sahaja.
Kalah menang adat bertanding, aku selalu pesan kat anak murid aku, kalau sudah buat yang terbaik tetapi masih gagal meraih kemenangan, usaha yang dibuat itu sudah memadai. Mereka akan tetap menjadi pemenang / johan di hati cikgunya ini...chewahh :P
Apa-apa pun, sesiapa yang terbaca artikel ini, sila doakan kejayaan kami ya? tata titi tutu...
okay..sy doakan kegigihan cekgu dan anak murid ini dihadiahkan dgn kejayaan..insyaallah..
ReplyDeleteamin..^^
aminnn...
ReplyDelete