Saturday, April 16, 2011

Laporan persiapan kumpulan Dwi Zapin

Esok tibalah waktu untuk sekali lagi menempuh saat2 yang mendebarkan. Walaupun pertandingan ini tidak sebesar Pertandingan Zapin Peringkat Daerah yang pernah disertai sebelum ini, namun yang pasti perlu ada persediaan kerana jurinya bukan calang-calang.

Setelah hampir 2 tahun aku bergiat, alhamdulillah banyak perubahan dibuat mengikut pengetahuan tentang tarian tradisional yang semakin hari semakin menebal di jiwa ini.Esok akan dihantar 2 pasukan seramai 4 orang untuk menyertai pertandingan Dwi Zapin ini. Satu kumpulan perempuan, satu lagi kumpulan lelaki. Zapin yang akan disampaikan ialah Zapin Tenglu(langkah Pak Akob)dan Zapin Melayu Johor

Setelah 4-5 hari berturut-turut menjalani latihan, aku yakin persembahan yang akan dibuat nanti tidaklah begitu memalukan. Jika diikutkan, hendak sahaja aku menghantar 5 pasukan terus, tetapi buat apa kan kalau semua zapinnya menggunakan zapin yang sama? Tunggulah aku habis mendalami semua jenis zapin terlebih dahulu.

We are going for fun,but of course we are hoping to win!!! ;)

Tuesday, April 12, 2011

Pertandingan Dwi Zapin peringkat Johor Bahru..~~~

Tinggal 5 hari sahaja lagi untuk penyediaan pasukan ke pertandingan Dwi Zapin Johor Bahru. Leganya sebab perlu koreograf untuk 2 orang sahaja....lega?? Ingat senang yer nak koreograf pola lantai untuk 2 orang? Sungguh mencabar tau! Apa-apa pun, i have 5 days...exactly...5 days!! Dalam kepala aku sudah ada idea dan peserta-peserta yang hendak dibawa. Esok juga aku bertindak!! Chaiyok!

Walaupun ini pertandingan kecil sahaja dan tidak melalui PPD or Jabatan pelajaran Johor, tetapi yang pastinya juri-juri cukup profesional kerana mereka semua penggiat zapin Johor yang telah menceburi bidang kebudayaan ni begitu lama. So, jangan mau kencing itu juri dengan ragam tari yang hentah apa2 ye?? :)

Sesiapa yang berminat bolehlah memeriahkan lagi suasana.. see u in Skudai Parade @ 2 pm!!!

Sunday, March 27, 2011

laporan aku sebagai AJK persembahan PIBG...

Tamatlah sudah majlis PIBG Sekolah Kebangsaan TP. Penat yang telah terkumpul sejak minggu cuti yang lalu telah selamat dicas semula dengan bateri. Alhamdulillah, persembahan berjalan lancar walaupun ada sedikit kurang sempurna apabila salah seorangnya lupa step tarinya. Apa2 pun, nasib baik dia sempat cover semula. Mungkin latihan tidak cukup agaknya. Ingat lagi kata seorang penari, step tari harus dibuat berulang-ulang hingga sebati dengan diri agar secara berkekalan step itu tidak akan dilupakan langsung. Apakan daya...kalau dah majlis lepas cuti, murid ramai nak balik kampung...

Persembahan nyanyian/nasyid, seperti yang dirancang, mereka lakukannya dengan baik. Tambahan pula dengan pakaian yang bling2...i gave them 85%...Lepas semua persembahan, aku benar-benar mula rasa lega.

Tahniah kepada murid-murid yang berjaya... :)

Thursday, March 17, 2011

Latihan lagi??? Eh.....aku dipergunakan?

Sepanjang minggu cuti ni, alhamdulillah dapatlah aku rehat sedikit. Tetapi, latihan untuk persembahan tetap dan harus dijalankan dan selalunya memang aku seoranglah mengendalikannya (cikgu belum kahwin kannn? Baik latih budak daripada berfoya-foya..ehehe) lame excuse..again and again in the world of education in my country. Only in my country i guess.

Mummy: Rilekslah. Asyik ke sekolah je pagi2. Tengok jiran kita tu, cikgu jugak, balik kampung lagi haa..

Aku : Takpela mak, kalau ayin tak buat siapa nak buat. Lagipun memang dah kerja Ayin, tugas Ayin. Gaji tetap amik macam biasa kan??

Mummy: Yelah, tapi jangan merungut kata penat ke apa ke..

Aku : Mana ada mak, cuma tak faham kenapa masih Ayin seorang yang beriya-iya ni...

Mummy: Kalau macam tu, tak payah buat terus. Kenapa nak penat sorang2? Nanti orang lain claim credits tu sama-sama.

Aku : Alah mak, Ayin pun bukan nak claim credit ke apa ke baru buat semua ni. Satu, sebab dah memang kerja, satu lagi sebab kesian tengok budak-budak ni tak berpeluang membuat persembahan dan menyerlahkan bakat. Kalau cikgunya tidak bersungguh-sungguh, anak muridnya pun tidak ke mana..

Sebenarnya, memang kerja dan tugas mendidik anak bangsa ni sangat mulia. Ikhlas melakukannya walaupun keadaan guru zaman sekarang sudah tidak seperti cikgu2 zaman dahulu. Hectic schedule, lifestyle...seolah-olah macam sudah tidak ada ruang untuk bernafas. Akulah tukang sapu, akulah tukang kebun, akulah cikgu tarian, akulah cikgu vokal, akulah pakar motivasi, akulah security guard. Kata semua orang di luar tu, cikgu kene pandai multitasking, or else baik tak payah jadi guru. Cuma, tatkala kita yang beriya-iya seorang diri, lama-kelamaan kita akan jadi bosan dan muak dengan sikap sesetengah manusia. Namun, aku faham, bila sudah sibuk hampir 24jam setiap hari bekerja, waktu cuti ni umpama waktu untuk cikgu-cikgu merehatkan minda untuk memastikan battery sentiasa dicas semula. Tapi...kalau dah kerja tu due dia 4 hari selepas naik cuti, apakah kita harus terus merehatkan minda dan buat tak tahu sahaja?

Erm..nasib baiklah aku jenis positive thinking. Pandai memotivate diri setelah di'demotivate' oleh sesetengah pihak. Apa-apapun aku mohon kepada Allah agar terus diberi kekuatan untuk deliver yang terbaik untuk anak murid aku. Jika aku sudah mula melangkah, tetapi langkah terhenti hanya kerana rintangan dan halangan yang melanda, akulah orang yang paling rugi. :)

p/s: mau tidur...esok kene bangun pagi...mereka ada latihan lagi. :)

Tuesday, February 22, 2011

Agak-agak bila aku akan kahwin.....?

Great news....adik ipar aku sudah bersalin!!! Yes!!! My SIL got a baby!!! So, i'm happy, my mum and dad is so excited. Everyone is excited. The baby's name is Adam El' Syahmi :) Syahmi stands for intelligent and greatness. So, our house became really fun with the presence of Adam. I think i'll be a great auntie ;P.

Now, here's a question which i never thought i would have thinking about....will i get married and will i have babies? Wow... When you look at babies there will be this sudden urge that you will totally change your mind to be single forever. My mum once said that a woman's life will not be complete until she become a wife and a mother.

However, jodoh pertemuan di tangan Tuhan. I really strongly believe that. If i will get married and have babies, i will...that's it!!! It is truly my fate....it is written even before i was born i think.. :P If there is someone out there that is fated to be with me, he will suddenly walk into my life.

Even if i never get married, at least i got Adam...love my nephew... :)

Sunday, February 20, 2011

Zapin Tenglu

Excited dan tak sangka saya dapat bertemu dengan pengasas zapin Tenglu itu sendiri. Ya, pengasas zapin Tenglu, Pak Akob...Walaupun baru mengikuti kursus ini buat kali ke-3 tetapi banyak ilmu tarian zapin yang baru dapat dipelajari. Sebelum ini memang ada terfikir hendak belajar di ASWARA kerana dengar2 ada kursus jangka pendek di situ, tetapi memandangkan Kuala Lumpur tu bukanlah dekat, maka terbatal niat.

Minat memang sudah minat, tetapi kalau tidak ada tenaga pengajar yang bertauliah pasti kita akan terus sesat dan hanyut dengan ilmu yang tak seberapa tu. Maka, aku bertekad untuk terus bergiat selagi aku mampu kerana minat yang mendalam.

Bersyukur sungguh kerana berpeluang menyertai Persatuan Penggiat Zapin Johor ni.. :) kelas zapin di sekolah terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu kerana aku sungguh busy. Mungkin ramai juga di luar sana menganggap tarian merupakan satu kemahiran yang sia-sia, hehe...aku tak kisah, ilmu ni boleh aku salurkan kepada mereka yang mahu dan appreciate.

Pada pendapat aku, zapin dapat membentuk jati diri dan golongan yang menghargai warisan bangsa. Gaya tarinya pun cukup sopan dan juga mengajar kita erti disiplin. Koordinasi murid yang tahu menari juga pasti lebih aktif dan lincah (tak lembab). Otak kiri dan kanan bergerak serentak tanpa disedari. Well, maybe masih ada yang tidak memahami itu. Tapi biarlah kata apa pun, aku akan tetap meneruskan perjuangan ini tanpa mengenal erti putus asa kerana zapin is my passion.

Oleh kerana semuanya hanya pendapat aku yang tidak terkenal seperti Siti Nurhaliza, pendapat aku itu hanyalah satu pendapat yang syok sendiri..ekekeke...Lainlah aku Dato' Dr. Fadhilah Kamsah. Apa-apa pun, let's live life the fullest. Do what we wanna do and be happy.

Assalam...

Wednesday, February 9, 2011

Bila cikgu sudah marah.....




haaa...tu dia..i am angry!!! Tapi sebab aku kan cikgu, so cikgu are suppose to be skema even when they were angry?? Tajuk pun sangat sopan kan?

Okay, the story is like this. Adalah makhluk Tuhan seorang ini, asyik ulang punya ulang peel kerja lembab dia. Dah puas kena marah, kena basuh, motivasi dengan seorang lagi makhluk Tuhan ni(yg memang berdisiplinlah kununnn...), masih peel dia begitu malah menjadi semakin menjadi-jadi.

Baiklah, orang lain buat perangai, kenapa aku pula yang susah hati? Kan?kan?kan? Aku marah sebab bila dia tak siap kerja, aku yang kena panggil. Apabila aku kena panggil aku pun kena basuh kawkaw punyer dengan orang yang kunun berdisiplin dan skema gila tu. Sungguh 'adil' kan dunia ini? 5-6 ribu kali suruh orang panggil aku kata nak jumpa pastuh bila jumpa cakap perkara-perkara sakitkan hati sakitkan telinga. Is he a good leader?? NO! Makhluk yang lagi seorang tu pun pasti bukan yang boleh bergelar 'kawan' sebab banyak menyusahkan hidup aku dengan masalah lem... dia.

Makhluk yang telinga bebal muka tembok ni, boleh slumber kata, "perkara kecil macam ni pun nak marah...?" Perkara kecil? Itukan kerja engkau, takkan kerja tak siap boss kau tak bley marah? Dah dia tu boss, kalau kau jadi boss pun kau marah juga orang yang tidak buat kerja. Kerja yang tidak dibuat tu pula kerja hakiki, bukan kerja sampingan, suka buat, buat, tak suka buat, tinggal! Ish, benganglah!

Cikgu memang sudah bengang kali ini.Cikgu saaaaaaaangat bengang! After this, i don't think i would ever like to see her face again!



Yang benar,
Cikgu yang mula naik darah dan sedang
mengawal kemarahan dengan istighfar....sebab takut darah tinggi... :(