Excited dan tak sangka saya dapat bertemu dengan pengasas zapin Tenglu itu sendiri. Ya, pengasas zapin Tenglu, Pak Akob...Walaupun baru mengikuti kursus ini buat kali ke-3 tetapi banyak ilmu tarian zapin yang baru dapat dipelajari. Sebelum ini memang ada terfikir hendak belajar di ASWARA kerana dengar2 ada kursus jangka pendek di situ, tetapi memandangkan Kuala Lumpur tu bukanlah dekat, maka terbatal niat.
Minat memang sudah minat, tetapi kalau tidak ada tenaga pengajar yang bertauliah pasti kita akan terus sesat dan hanyut dengan ilmu yang tak seberapa tu. Maka, aku bertekad untuk terus bergiat selagi aku mampu kerana minat yang mendalam.
Bersyukur sungguh kerana berpeluang menyertai Persatuan Penggiat Zapin Johor ni.. :) kelas zapin di sekolah terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu kerana aku sungguh busy. Mungkin ramai juga di luar sana menganggap tarian merupakan satu kemahiran yang sia-sia, hehe...aku tak kisah, ilmu ni boleh aku salurkan kepada mereka yang mahu dan appreciate.
Pada pendapat aku, zapin dapat membentuk jati diri dan golongan yang menghargai warisan bangsa. Gaya tarinya pun cukup sopan dan juga mengajar kita erti disiplin. Koordinasi murid yang tahu menari juga pasti lebih aktif dan lincah (tak lembab). Otak kiri dan kanan bergerak serentak tanpa disedari. Well, maybe masih ada yang tidak memahami itu. Tapi biarlah kata apa pun, aku akan tetap meneruskan perjuangan ini tanpa mengenal erti putus asa kerana zapin is my passion.
Oleh kerana semuanya hanya pendapat aku yang tidak terkenal seperti Siti Nurhaliza, pendapat aku itu hanyalah satu pendapat yang syok sendiri..ekekeke...Lainlah aku Dato' Dr. Fadhilah Kamsah. Apa-apa pun, let's live life the fullest. Do what we wanna do and be happy.
Assalam...
bagus teruskan usaha anda..bleh saya anda belajar di mana bersama pak akob?
ReplyDeleteKulai :)
ReplyDelete