Saturday, October 9, 2010

Tak henti-henti masalah Pangsapuri Larkin Indah!

Sewaktu aku breakfast pagi tadi, ada seorang akak di tempat kerja aku beritahu yang berita tangki pecah Pangsapuri Larkin Indah masuk surat khabar! Aku yang sudah kian lama tidak membaca paper agak terkujat. Memang aku ada sewaktu kejadian di mana air bak 'waterfall' membanjiri lantai sekitar LG(Lower Ground). Namun, aku sebagai penduduk blok B masih tenang kerana tidak berlaku di blok aku ni. Walaubagaimanapun, aku tetap risau apabila diberitahu tangki blok B juga sudah 'crack'. Apa ni? Mula aku rasa menyesal dengan keputusan aku :(

inilah petikan berita yang aku copy daripada Utusan

Penghuni pangsapuri risau sebuah lagi tangki air bakal pecah

JOHOR BAHRU 20 Sept. - Belum pun selesai masalah tangki air pecah di Blok A, Pangsapuri Larkin Indah di sini pada Jumaat lalu, kira-kira 300 penduduknya kini bakal berdepan dengan insiden sama apabila satu lagi tangki air sudah retak dan dikhuatiri pecah pada bila-bila masa.
Menurut mereka, retakan sepanjang kira-kira 10 sentimeter mula kelihatan di beberapa bahagian tangki berkenaan menyebabkan air mula menitis sejak semalam.
Pengerusi persatuan penduduk pangsapuri itu, Yazid Das, 58, berkata, keadaan tersebut amat membimbangkan penduduk kerana jika tangki air kedua itu pecah maka insiden yang sama pada Jumaat lalu akan berulang.


"Belum pun dibaiki tangki air pertama, tangki air yang kedua pula dijangka pecah. Kami berharap pemaju dan pihak bertanggungjawab peka serta prihatin dengan masalah ini.
"Kita merayu agar masalah ini diatasi segera sebelum tangki kedua pecah dan air masuk ke rumah penghuni dan merosakkan kemudahan di blok ini," katanya di sini, hari ini.


Menurutnya, penghuni blok berkenaan yang rata-ratanya pemilik rumah di situ bimbang keselamatan keluarga mereka jika tangki itu pecah pada waktu malam.

Mengenai masalah tangki pertama yang masih tidak dibaiki beliau merayu agar pihak pemaju segera membaikinya dan tidak bersikap lepas tangan.

Menurutnya, keadaan tersebut membuatkan penghuni terputus bekalan air untuk beberapa hari sebelum disumbangkan oleh Jabatan Air Johor sebanyak 2,000 gelen.

Seorang penghuni, Noor Azhan Md. Salleh, 40, berkata, mereka tertekan dengan situasi itu kerana pemaju tidak mengendahkannya walaupun sudah berkali-kali diberitahu.

"Penduduk kesal dengan sikap pemaju yang tidak mahu bertanggungjawab dengan keadaan ini. Pangsapuri ini baru berusia tiga tahun dan masih dalam jaminan pembelian," katanya.
Rakannya, Joseph Anthony, 44, pula berkata, masalah tersebut membuatkan penduduk terpaksa menumpang di rumah saudara mara terdekat selain menyewa hotel berdekatan.


"Kos membaiki tangki pertama yang pecah ialah RM9,500 dan pemaju enggan menampung kos itu. Ini tidak patut kerana mengikut perjanjian tempoh jaminan lebih 10 tahun," ujarnya.
Dia berkata, pemaju yang bertanggungjawab membina pangsapuri tersebut dipercayai ada kaitan dengan kerajaan negeri dan sebab itu semua masalah tidak diendahkan.


Riduan Qamal Shah, 47, pula berkata, penduduk kini sedang berusaha membawa masalah itu ke Biro Pengaduan Awam (BPA) supaya satu penyelesaian dapat dicari.
Menurutnya, salah seorang wakil pemaju ada menyatakan bahawa mereka tidak takut jika perkara tersebut didedahkan kepada media kerana mempunyai 'orang dalam' bagi menutup masalah itu.


"Malah wakil tersebut pernah mencabar penduduk yang berani berbuat demikian dan menyatakan tidak gentar kerana masalah itu tidak akan dilayan dan dibiarkan begitu sahaja," katanya.


Apa nak jadi ni?

No comments:

Post a Comment