Monday, October 18, 2010

Pertandingan Zapin Johor 2010 telah selamat menutup tirai

Penuh semangat aku 'drive' ke Stadium Tertutup MPJB pada jam 7.05p.m tadi. Bukan hendak tahu sangat pemenangnya tetapi untuk menyaksikan persembahan daripada kumpulan Sanggar Pengembangan YWJ. Aku memang suka melihat budak-budak kecil menari, kerana mereka kiut. Rupa-rupanya, pada tahun ini, Yayasan ada mengadakan peringkat saringan di mana malam terakhir ni merupakan malam di mana kumpulan-kumpulan yang paling baik membuat persembahan sekali lagi. Wah...almaklumlah, bukan mudah hendak memenangi piala tahtim dan wang ringgit rm3000.00 itu.

Bagi kategori Sekolah Kebangsaan, pemenangnya tetap dirangkuli SK Bandar Pontian yang juga merupakan juara tahun lepas. Bukan sahaja koreografinya mantap, budaknya toksah katala...mantap dan bertenaga. Tahniah SKBP!! Apa yang aku perhatikan, busana mereka memang cantik, ongkosnya huhuhuhu...itu yang menjadi masalah besar aku apabila hendak menyertai Pertandingan ini :( sedihh..RM800 pun sudah dikatakan mahal. Hmmm....Tengoklah...kalau tahun depan tidak ada budget, aku tak nak join dah pertandingan ni.

Kekuatan aku untuk masuk pertandingan adalah kerana aku tahu kekuatan murid aku setelah aku melatih mereka selama setahun. Kelemahan mereka juga amat terserlah setelah memasuki dua pertandingan berturut-turut. Kelemahan akan aku kaji semula. Faktor busana, sanggul, koreograf perlu diambil kira.

Baiklah, aku sambunglah tulis pada hari-hari lain...penat sudah...selamat mlm

Friday, October 15, 2010

Pertandingan Zapin Johor 2010 is back...

Sebagai hanya sebahagian daripada penonton pasti debaran yang aku rasakan berbeza dengan mereka yang bertanding. However, good luck to all of them, semoga berjaya!

PERTANDINGAN ZAPIN JOHOR 2010Tarikh : 15-18 OKTOBER 2010

Tempat : STADIUM TERTUTUP JOHOR

Nama-nama yang berjaya ke festival zapin 2010 mengikut kategori

mari ita beramai2 memberi sokongan kepada yang berjaya ke peringkat ini…!

KATEGORI JABATAN KERAJAAN

Majlis Daerah Segamat

Jabatan Kerajaan Daerah Kota Tinggi

Majlis Perbandaran Muar

Jabatan Kerja Raya Mersing

Majlis Perbandaran Batu Pahat

Kastam DiRaja Malaysia, Johor Bahru

Majlis Daerah Ledang

Majlis Perbandaran Kulaijaya

KATEGORI SEKOLAH KEBANGSAAN

Sek. Keb Loh Heng Selatan, Kota Tinggi

Sek. Keb Senai Utama, Kulaijaya

Sek. Keb Batu 3, Kluang

Sek. Keb Sri Medan, Batu Pahat

Sek. Keb Bandar Uda 2, Johor Bahru

Sek. Keb Bandar Pontian

Sek. Keb Kem Iskandar, Mersing

Sek. Keb Sri Tangkak Ledang

SJK (C) Kampong Tengah, Segamat

Sek Keb Felcra Bukit Kepong, Muar

KATEGORI KORPORAT DAN SEKOLAH MENENGAH

Kumpulan Tari Delima Maybank Berhad, Pontian

Kumpulan Mutiara Suga, Ledang

Kumpulan Kelab Prisma Seni, Cafe KGTE, Muar

Kumpulan Bank Simpanan Nasional Kota Tinggi

Kumpulan Gaya Waris SDN.BHD, Batu Pahat

Smk Parit Bunga, Muar

Smk Bandar Putra, Kulaijaya

Sm Sains Johor, Kluang

SMK Bandar Putra, Segamat

Smk Felcra Bukit Kepong, Muar

Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru

Smk Tan Sri Jaafar Albar, Kota Tinggi

Smk Anjung Batu, Mersing

Smk Datuk Menteri, Batu Pahat

Smk Telok Kerang, Pontian

KATEGORI TERBUKA

Kumpulan Sari Wanna, Pontian

Kumpulan Lestari, Kluang

Kumpulan Kelab Prisma Tari PKRM, Muar

Kumpulan Wirama D’Tari Johor Bahru

Kumpulan Kesenian Seri Budaya, Batu Pahat

Kumpulan Putera D’Waris Dance Group, Ledang

Kumpulan Sanggar Budaya Seri Pengkalan, Segamat

KATEGORI MUKIM

Kumpulan Gemilang Kurnia, Mukin Bandar, Johor Bahru

Kumpulan Al-Fhan D’Tari, Mukim Sg Terap, Muar

Kumpulan Wirama, Mukim Kluang

Kumpulan Kelab Rakan Muda Seni Budaya, Mukim 5 Batu Pahat

Kumpulan Kelab Giat Budaya Samura, Mukim Kesang, Ledang

Kumpulan Zapin Seri Bahagia, Mukim Senai, Kulaijaya

Kumpulan Sekar Budaya Mukim Rimba Terjun, Pontian

Kumpulan Warisan D’Seni Tari, Mukim Labis, Segamat

Kumpulan Seri Andalas, Mukim Mersing

Sunday, October 10, 2010

Pertandingan Zapin anjuran Malaysia Building Society Berhad

Pagi2 lagi aku sudah sibuk menyediakan bebudak ni. Latihan selama 2 minggu ini terlalu singkat tetapi fortunately diorang sudah ingat step. Hasilnya.....kami dapat sagu hati sahaja. :( Walaupun tidak menang tempat pertama, kedua atau ketiga, yang pentingnya persembahan kami tidaklah memalukan.Orang kata tuh...bolehlaaaa

Antara kelemahan yang aku sebenarnya sudah nampak daripada sesi latihan lagi tapi buat2 tak nampak :P ialah:

1) Kedudukan budak tidak teratur
2) Stepnya agak sukar dan some of them tak leh perform
3) Awal2 persembahan mereka sudah kelam-kabut pasai pa? Depa ingatkan stage di Plaza Angsana tu macam lantai bilik muzik depa.....sib baik sempat gakla nak pusing and selawat satu kali... :(
4) Penari yang tidak cukup latihan pun diambil pasai tak cukup penari.
5) kostum yg tak berapa meriah :D ----->bajet takdak wehhh


//tapi, alhamdulillah...2minggu nyer hasil tidaklah teruk mana..cuma tak leh lawan ngan kumpulan diva seperti Seri Melati dan SK Bandar Pontian...almaklumlah...johan pertandingan zapin peringkat negeri 2008 dan 2009... Tanjung Puteri baru sahaja mahu menapak :D apa2 pun bebudak tak menang pun dapat makan Mc Donald..sukalah diorng..cikgu Shaz!!!! jangan Putus asa! Aja aja fighting! Baiklah, nampaknya cuba lagi tahun hadapan...daaaa

Saturday, October 9, 2010

Tak henti-henti masalah Pangsapuri Larkin Indah!

Sewaktu aku breakfast pagi tadi, ada seorang akak di tempat kerja aku beritahu yang berita tangki pecah Pangsapuri Larkin Indah masuk surat khabar! Aku yang sudah kian lama tidak membaca paper agak terkujat. Memang aku ada sewaktu kejadian di mana air bak 'waterfall' membanjiri lantai sekitar LG(Lower Ground). Namun, aku sebagai penduduk blok B masih tenang kerana tidak berlaku di blok aku ni. Walaubagaimanapun, aku tetap risau apabila diberitahu tangki blok B juga sudah 'crack'. Apa ni? Mula aku rasa menyesal dengan keputusan aku :(

inilah petikan berita yang aku copy daripada Utusan

Penghuni pangsapuri risau sebuah lagi tangki air bakal pecah

JOHOR BAHRU 20 Sept. - Belum pun selesai masalah tangki air pecah di Blok A, Pangsapuri Larkin Indah di sini pada Jumaat lalu, kira-kira 300 penduduknya kini bakal berdepan dengan insiden sama apabila satu lagi tangki air sudah retak dan dikhuatiri pecah pada bila-bila masa.
Menurut mereka, retakan sepanjang kira-kira 10 sentimeter mula kelihatan di beberapa bahagian tangki berkenaan menyebabkan air mula menitis sejak semalam.
Pengerusi persatuan penduduk pangsapuri itu, Yazid Das, 58, berkata, keadaan tersebut amat membimbangkan penduduk kerana jika tangki air kedua itu pecah maka insiden yang sama pada Jumaat lalu akan berulang.


"Belum pun dibaiki tangki air pertama, tangki air yang kedua pula dijangka pecah. Kami berharap pemaju dan pihak bertanggungjawab peka serta prihatin dengan masalah ini.
"Kita merayu agar masalah ini diatasi segera sebelum tangki kedua pecah dan air masuk ke rumah penghuni dan merosakkan kemudahan di blok ini," katanya di sini, hari ini.


Menurutnya, penghuni blok berkenaan yang rata-ratanya pemilik rumah di situ bimbang keselamatan keluarga mereka jika tangki itu pecah pada waktu malam.

Mengenai masalah tangki pertama yang masih tidak dibaiki beliau merayu agar pihak pemaju segera membaikinya dan tidak bersikap lepas tangan.

Menurutnya, keadaan tersebut membuatkan penghuni terputus bekalan air untuk beberapa hari sebelum disumbangkan oleh Jabatan Air Johor sebanyak 2,000 gelen.

Seorang penghuni, Noor Azhan Md. Salleh, 40, berkata, mereka tertekan dengan situasi itu kerana pemaju tidak mengendahkannya walaupun sudah berkali-kali diberitahu.

"Penduduk kesal dengan sikap pemaju yang tidak mahu bertanggungjawab dengan keadaan ini. Pangsapuri ini baru berusia tiga tahun dan masih dalam jaminan pembelian," katanya.
Rakannya, Joseph Anthony, 44, pula berkata, masalah tersebut membuatkan penduduk terpaksa menumpang di rumah saudara mara terdekat selain menyewa hotel berdekatan.


"Kos membaiki tangki pertama yang pecah ialah RM9,500 dan pemaju enggan menampung kos itu. Ini tidak patut kerana mengikut perjanjian tempoh jaminan lebih 10 tahun," ujarnya.
Dia berkata, pemaju yang bertanggungjawab membina pangsapuri tersebut dipercayai ada kaitan dengan kerajaan negeri dan sebab itu semua masalah tidak diendahkan.


Riduan Qamal Shah, 47, pula berkata, penduduk kini sedang berusaha membawa masalah itu ke Biro Pengaduan Awam (BPA) supaya satu penyelesaian dapat dicari.
Menurutnya, salah seorang wakil pemaju ada menyatakan bahawa mereka tidak takut jika perkara tersebut didedahkan kepada media kerana mempunyai 'orang dalam' bagi menutup masalah itu.


"Malah wakil tersebut pernah mencabar penduduk yang berani berbuat demikian dan menyatakan tidak gentar kerana masalah itu tidak akan dilayan dan dibiarkan begitu sahaja," katanya.


Apa nak jadi ni?

Thursday, October 7, 2010

My team next update

10th of October we are going to compete again in a Zapin's competition. We had only around 2 weeks of training and i can't really make too much changes. Plaza Angsana!!!!! Here we come... :) Maybe i'm kinda worried, but i am confidence with the gurls and boys (I just hope that they don't forget the steps..that's enuff alweady). Less practice still make wonders if they r already good with it, but less practice is a nightmare if they just started to learn the basic within this 2 weeks...aiyarkk..but i'm kinda worried with 'E' and 'A' since they r both new in my team. They never dance in front of the crowds b4. Just wait and see what happened this sunday... ;)