Friday, September 30, 2011

Pemakaian tudung pin belakang menyerupai...errr? Bukan...itu bukan niatku!!




Untuk menjawab kekonfiusan diri yang melanda dan juga kekonfiusan semua orang, aku rasa eloklah kita kaji dan fahami maksud sebenar Allah dan Nabi Muhammad S.A.W sebelum mengeluarkan sesuatu pendapat tanpa mengkaji dari semua sudut dan berpandukan isi tersirat yang satu..

Soalan: Salam ust, Saya ada satu kemusykilan berkaitan dakwaan tentang cara pemakaian tudung yang diikat@dipin di belakang leher seperti trend sekarang adalah mengikut cara pemakaian biarawati kristian.Adakah dakwaan itu benar walaupun si pemakai (wanita islam) tidak pernah mempunyai niat sedemikian, hanya pakai tudung dengan meng'pin'kan di bahagian leher bagi menampakkan kekemasan.Harap ust dapat memberikan penjelasan.

Jawapan;

Cara pemakaian tudung yang dituntut oleh Syariat ialah dengan menutupi seluruh kepala (rambut), bahagian leher dan labuh hingga ke dada. Ini sebagaimana arahan Allah;

وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
“Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga ke dada-dada mereka”. (an-Nur: 31)

Mengenai fesyen, tidaklah disyaratkan fesyen tertentu asalkan ia memenuhi kehendak ayat di atas. Warna juga tidak dihadkan kepada warna tertentu, akan tetapi hendaklah dipastikan tudung yang dipakai tidak jarang dan tidak mempunyai corak yang terlalu menarik perhatian lelaki atau corak-corak lain yang tidak sesuai dengan idenditi wanita Islam. Warna yang disukai Rasulullah ialah warna putih sebagaimana sabdanya; “Pakailah pakaian berwarna putih kerana sesungguhnya ia lebih suci dan lebih baik dan kafankanlah dengannya jenazah-jenazah kamu” (HR Imam at-Tirmizi, an-Nasai, Ibnu Majah dan Musnad Imam Ahmad dari Samurah bin Jundab r.a.).

Mengenai penyerupaan/peniruan kepada orang kafir, Nabi -sallallahu 'alaihi wasallam- bersabda; "Sesiapa menyerupai satu kaum, ia dari kaum tersebut" (HR Imam Abu Daud dari Ibnu Umar). Menurut Imam Ibnu Kathir; hadis ini merupakan larangan keras terhadap perbuatan meniru orang kafir sama ada dalam ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan, ibadah dan sebagainya yang tidak disyariatkan untuk kita (umat Islam). (Lihat; Tafsir al-Quran al-Adziem, surah al-Baqarah, ayat 104).

Namun para ulamak menjelaskan; maksud peniruan/penyerupaan kepada orang kafir atau orang fasik yang dilarang ialah yang khusus bagi sesuatu kaum kafir atau fasiq iaitu yang menggambarkan indentiti mereka, seperti; salib (yang melambangkan agama kristian), sabit dan penukul (lambang komunis), lambang nazi, pakaian-pakaian orang fasiq (seperti gaya berpakaian artis-artis Barat), gaya-gaya rambut orang fasik dan sebagainya. Adapun pakaian yang dipakai oleh orang ramai tanpa mengira agama dan bangsa seperti seluar, baju kemeja, kot dan sebagainya atau berlaku kesamaan/keserupaan secara kebetulan seperti jubah litup yang dipakai oleh imam-imam, ulamak-ulamak dan dipakai juga oleh paderi-paderi Kristian dan Yahudi, kopiah yang dipakai oleh orang-orang Islam dan turut dipakai oleh sebahagian penganut bukan Islam (seperti orang Yahudi), tudung kepala (yang turut dipakai juga oleh paderi-paderi wanita kristian) dan sebagainya, penyerupaan/kesamaan secara umum atau kebetulan ini tidaklah termasuk dalam larangan hadis kerana ia bukan bersifat khusus bagi sesuatu kaum kafir atau melambangkan identiti agama mereka.

Adakalanya suatu pakaian menjadi identiti agama di satu tempat, tetapi di tempat lain ia adalah pakaian biasa yang tidak melambangkan agama. Maka ditempat lain itu, tidaklah dianggap menyerupai penganut agama lain jika ia dipakai oleh orang Islam. Imam Malik pernah ditanya hukum memakai sejenis pakaian bernama al-Burnus.[1] Ia menjawab; "Harus". Dikatakan kepadanya; "Tetapi ia adalah pakaian rahib-rahib Nasara (ahli-ahli ibadat Kristian)". Imam Malik menjawab; "Ia di sini (di Madinah) dipakai oleh orang ramai". Begitu juga, suatu pakaian mungkin pernah menjadi identiti agama di satu masa, namun setelah zaman berubah, ia tidak lagi menjadi identiti agama. Imam Ibnu Hajar ketika mengulas tentang sejenis pakaian yang bernama al-Mayasir al-Arjuwan yang dilarang oleh Nabi di zamannya, beliau (yakni Ibnu Hajar) berkata; Pakaian tersebut jika sebab larangannya adalah untuk mengelak dari mengerupai orang-orang asing (orang-orang bukan Islam) maka larangan tersebut adalah kerana maslahah agama. Namun oleh kerana pakaian itu hanya menjadi syiar agama pada ketika itu sahaja iaitu pada zaman mereka masih kafir, kemudian hari ini ia tidak lagi menjadi syiar agama, maka larangan tersebut telah hilang. (Lihat; Fathul-Bari, Imam Ibnu Hajar, kitab al-libas, bab Labs al-Harir wa ad-Dibaaj....). Apa yang disebut oleh ulamak itu mungkin boleh kita samakan dengan masalah pemakaian cepiau (topi).[2] Pada zaman dulu, pemakaiannya difatwakan haram oleh ulamak-ulamak kerana ia adalah topi penjajah. Apabila seorang muslim memakainya pada ketika ia seolah-olah dari kalangan penjajah atau yang pro penjajah. Namun hari ini, faktor yang menyebabkab larangan itu telah tidak ada lagi, maka tidak ada ulamak yang memfatwanya sebagai haram dipakai oleh orang Islam hari ini.

Untuk memudahkan kita membezakan bentuk penyerupaan yang harus dan yang tidak harus, di bawah ini dikemukan beberapa dhabit yang diberikan ulamak;

1. Berkata Imam al-Qurthubi; "Jika suatu pakaian telah menjadi identiti khusus bagi golongan fasik atau golongan yang suka berpoya-poya, dilarang orang lain memakainya" (Faidhul-Qadier, 6/104).

2. "Semua jenis pakaian yang boleh menimbulkan tanggapan kepada orang yang melihat bahawa si pemakainya adakah kafir atau dari kelompok fasik, maka ia adalah penyerupaan yang dilarang agama" (Syeikh Abdul-Wahhab Tawilah).

3. "Yang dikehendaki dengan menyerupai orang-orang kafir yang dilarang itu ialah menyerupai mereka dalam perkara yang menjadi identiti khusus mereka dalam adat-adat (kebiasaan-kebiasaan hidup) dan menyerupai mereka dalam perkara-perkara yang direka mereka dalam agama mereka merangkumi urusan-urusan aqidah dan ibadah-ibadah mereka" (Majlis Fatwa Arab Saudi, 3/307).

4. "Cara untuk menilai penyerupaan (yang dilarang) ialah; orang yang meniru/menyerupai ia melakukan suatu perbuatan yang menjadi identiti khusus orang yang ditiru. Maka maksud menyerupi orang-orang kafir (yang ditegah agama) ialah seorang muslim melakukan sesuati yang menjadi identiti khusus orang-orang kafir. Adapun perkara yang telah tersebar di kalangan orang-orang Islam dan tidak lagi menjadi ciri-ciri khusus orang kafir, ia tidaklah dikira penyerupaan dengan mereka. Maka ia tidaklah diharamkan kerana faktor penyerupaan walaupun mungkin diharamkan kerana faktor yang lain" (Syeikh Muhammad Soleh al-Uthaimin).

Merujuk kepada soalan di atas, apakah tudung yang dipin ke belakang itu benar-benar menyerupai biarawati kristian?, persoalan ini perlulah diselidiki lebih lanjut. Namun secara zahirnya, di Malaysia ini wanita-wanita Islam yang memakai tudung sebegitu tidaklah dilihat oleh orang lain sebagai biarawati kristian atau orang yang ingin meniru mereka. Ia mungkin berlaku secara kebetulan. Oleh itu, pada pandangan saya ia tidaklah boleh kita anggap sebagai menyerupai biarawati Krisrian secara dasarnya. Namun dari segi pemakaian tudung, hendaklah dipastikan ia mematuhi ciri-ciri tudung yang ditetapkan Allah tadi.

Wallahu a'lam.

Rujukan;

1. Fiqh al-Albisah wa az-Zinah, Abdul Wahhab bin Abdus-Salam Tawilah, hlm. 182.
2. Fathul-Bari, Imam Ibnu Hajar, kitab al-libas, bab Labs al-Harir wa ad-Dibaaj....
2. Fatwa Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid (Islamqa.com), no. 69789.

Nota hujung;

[1] Burnus; tutup/tudung kepala bersekali dengan baju atau jubah (lihat; Kamus al-Marbawi). Ia dipakai oleh rahib-rahib Kristian.
[2] Cepiau; Syeikh Idris al-Marbawi dalam kamusnya (Kamus al-Marbawi) menyebutkan; ia haram dipakai.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 11:18 PM

Cayalah Ustaz...memang kami yang bertudung ni takde niat pun nak menyerupai biarawati....tapi seolah-olah melakukan dosa besar pula...
Dengan berbekalkan ilmu 3M(Membaca, Menulis dan Mengira) di peringkat sekolah, berbekalkan Ijazah Sarjana Muda bidang takde kaitan dengan ilmu agama pun, manusia sebegini mula menjatuhkan hukum terhadap manusia lain. Hanya dengan sepotong ayat yang berbunyi:

Nabi -sallallahu 'alaihi wasallam- bersabda; "Sesiapa menyerupai satu kaum, ia dari kaum tersebut" (HR Imam Abu Daud dari Ibnu Umar).

Mereka menjatuhkan hukum tanpa usul periksa kerana mereka menyangkakan mereka golongan cerdik pandai. Pandai sedikit ilmu photoshop mula menyebarkan maklumat tanpa bertanya pun kepada yang lebih arif. Ustaz tidak ditanya, ustazah tidak dicari...wah...pandai sendiri...

Anak kecil membesar tinggi,
Cukup umur pandai mengaji;
Apa guna ilmu tinggi,
Apa yang dibaca tidak dikaji.

Ramai artis diumpat keji,
Kononnya seksi mencolok mata;
Sebar maklumat belum dikaji,
Bukankah itu fitnah semata?

----->fitnah, umpat dan keji apa hukumnya? (pasti ada juga hadith kan?)

p/s: Kadangkala sebilangan manusia suka menghukum tanpa mengkaji, manusia sebegitu sangka diri mereka lebih handal dan hebat daripada Allah kerana mampu menjatuhkan hukum terhadap manusia yang sama darjat dengannya. Seperti biasa, sebelum menjatuhkan hukum, marilah kita perbetulkan diri sendiri dulu you... Wallahualam..

Tuesday, September 20, 2011

Nasi Lemak 2.0~~~




Kali ini memuvi sekali lagi. Berbeza pula sebab kali ini dalam seluruh panggung wayang tu hanya aku dan kawan aku sahaja berbangsa 'Melayu'. Tergerak untuk menonton wayang ini kerana filem ini berkait rapat dengan rapper bangsa cina yang popular dengan gelaran 'namewee' yang pernah didakwa mempersendakan lagu kebangsaan tanah air, mengutuk TNB dan salah seorang Guru Besar di negeri Johor. Saja aku pergi nak tengok 'what is he up to kali ini...'.

Well ternyata, filem itu tidak mengecewakan langsung. It's a good movie with lots and lots of messages. Besides all the messages, you can actually laugh a lot. Jangan risau folks, no racism in there....cuma ada skrip2 yang menunjukkan namewee seolah-olah tidak rasa bangsa cina di Malaysia mendapat layanan yang sama seperti kaum melayu yang majoriti di sini..wah...itu luar bidang kuasa aku kot..apa nak buek??

Sebenarnya, aku pun sekolah cina, aku pun tidak mendapat layanan istimewa seperti mendapat tawaran biasiswa atau diterima masuk ke sekolah menengah berasrama penuh walaupun aku melayu. Tetapi, alhamduillah, masa depan aku tetap tidak segelap mana. Ini bermakna, masa depan kita dicipta oleh diri kita sendiri, dan rzeki bukan kerajaan Malaysia yang bagi...Allah yang bagi..tapi sudah pasti namewee will never figure this out. He..he...he...

Aku harap muvi ini menandakan permulaan namewee insaf yang tanah tumpahnya darah dia kat mana sebenonya. Setelah diri dia dilanda pelbagai ribut dan taufan, aku pasti he will change. He said that he love Malaysia, i hope he really mean that.

As for namewee punya kipas susah nak mati (Die Hard Fan)..i hope they will read more and research more before they throw any conclusions or perspective over other races and stop being racist anymore. The non-racist 'namewee' is way more cool than the one that i knew before.

Namewee certainly got high sense of humour and i really would like to meet him or know him in person. Batas sensitiviti perlu ada dan harap dia terus berkarya.

Calon UPSR dikurung???

INi sekadar pendapat aku, kalau kisah...sila komen dan beritahu aku apa yang aku rasakan ini salah..

Sekolah sekarang dah jadi kilang,
Produk rosak dibuang-buang,
Produk elok ditatang-tatang,
Jujur tiada integriti hilang.

Mengajar sekadar nak kejar new deal,
Keikhlasan dihitung sepangkal cuma,
Yang tak lulus What's the big deal??
Kurungkan sahaja mereka bersama.

NKRA sistem penilaian,
Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan,
Sekolah tak capai cikgunya dirotan,
Terpaksalah guru berkejar-kejaran.

Awal tahun dah kira-kira,
Murid tak lulus dah tentukan berapa,
Mengajar murid yang pandai sahaja,
Yang tak pandai nak jadi apa?


Fenomena di sekolah yang kurang aku gemari. Aku dibayar gaji untuk mendidik bukannya untuk mengenepikan hak murid. Apa kes nak kurung budak? Siasatan memang harus dijalankan. Jika benar, memalukan dunia pendidikan sahaja! Cikgu....murid tak pandai juga perlu dididik dengan penuh kasih sayang okay?? Mereka juga manusia biasa yang perlu diberi dorongan dan didikan untuk terus hidup dan menjadi insan berguna!