Saturday, July 23, 2011

Nur Kasih The Movie


Rating yang aku beri mungkin 3 star kot...sebab cerita Nur Kasih ni kesinambungan daripada siri yg pjg tu kan, so cm ala2 takde klimaks sgt. Kesimpulannya cerita ni lebih kurang tentang kisah cinta Nur dan Adam yang sgt mendalam sampai menjeleskan aku... :) it is so lucky to get such a guy in your life.. tapi aku mana ada sebaik watak Nur? hihi..Tapi teringin hendak memiliki tabah dia, sabar dia, cantik dia, baik dia, tegas dia...

Dialog yang sgt aku respek dalam tu ialah time Nur diminta mereka cipta design Kelab malam tu.."Rezeki saya Allah yang tentukan, bukan encik yang tentukan." ...Macho sungguh Nur tatkala itu. :)

Okaylah eberibodi..byk mesej dalam filem ni, so tontonlah, tak rugi punyer ;)

Wednesday, July 20, 2011

Apa bezanya cikgu DPLI? KPLI? orrrr guru berijazah first class dalam education?

Sebenarnya ini bukan lagi isu baru tetapi sudah brtahun-tahun menjadi isu. Kononnya cikgu yang tidak ada ijazah dalam bidang pendidikan menjadikan sekolah tempat belajar hendak jadi guru. Tidak dinafikan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan? Tetapi adakah guru yang berijazah pendidikan tidak perlu belajar untuk menjadi guru yang baik after dey all graduate? Is the degree holder really3 competent enuff to b a great teacher?


Aku menulis blog aku ni sebenarnya susulan daripada pembacaan artikel seorang blogger yang lantang menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap sistem pendidikan di Malaysia kerana dia belum dipostingkan ke mana-mana walaupun dia merupakan first class education degree holder. Aku boleh faham perasaan dia yang mungkin kecewa dengan kementerian mengapa mereka diketepikan, tetapi bila si dia mengata KPLI, DPLI atau GSTT tu aku fikir sudah keterlaluan walaupun dia sebenarnya bebas mempunyai hak bersuara dalam blog dia.


SEBAB-SEBAB kami(KPLI or DPLI)LAYAK MENJADI GURU:

1) Kami juga melalui proses saringan yang sangat ketat sebelum bergelar seorang guru.

2) Kami juga mempunyai ijazah maaaa...walaupun bukan bidang tetapi dengan berbekalkan ijazah bermakna kami juga mempunyai daya untuk menguasai sesuatu kemahiran baru dengan baik. Tidak salah menuntut ilmu hingga ke tua sekalipun selagi kita mahu..bukannya dah ada ijazah pendidikan membawa maksud kita dah tak perlu belajar!

3) Walaupun setahun, lecturer maktab kami cukup berilmu untuk membentu kami menjadi guru.

4) Praktikal tidak cukup? Tahukah anda praktikum hanyalah proses untuk menyiapkan portfolio sahaja. KIta mengajar dan kita bersimulasi untuk menjadi guru sedangkan keadaan sekolah yang sebenar langsung tidak sama. Alhamdulillah, i adapt it quite well.

5) Kami tidak memilih dan menolak tempat mana pun kami dipostingkan serta menerima sahaja apa-apa tugas walaupun kadang kala diberi subjek bukan opsyen. KAMI TIDAK CEREWET


Mungkin topik ini agak sensitif bagi sesetengah pihak, tetapi sebenarnya aku hanya menuding jari kepada seorang blogger sahaja walaupun aku tidak pasti dia akan terbaca atau tidak. Untuk pemilik ijazah pendidikan yang lain, maaf, artikel ini bukan sengaja ditulis untuk menyakitkan hati. You all penat belajar nak dapat degree, kami pun sama juga sebab degree aku pun bukan dibeli dengan duit dalam masa sehari. Lepas itu kami perlu jalani pelbagai ujian saringan yang hebat kerana program ini dimohon oleh manusia yang berjuta-juta. Aku anggap ini rezeki Allah nak bagi bila aku berjaya dapat. So, korang pun kena percaya dalam dunia ni rezeki diberi oleh Allah, rezeki korang akan ada juga cuma tidak tahu bila, so tidak perlulah kita terus saling berdengki dengan kata-kata yang kurang menyenangkan.

Di sekolah aku tu je, ramai juga yang berijazah pendidikan, kualiti kerjanya aku yakin lebih kurang sama sahaja. Idakla sampai 'musnah anak orang'---->kata blogger tersebut.... Bila orang lain dapat, kita doakan kejayaan mereka, insyaallah suatu hari nanti bila kita pula berjaya, orang pula doakan kita...okay?

Degree atau tidak...diploma atau tidak...ia hanyalah sekeping kertas. Ia akan menjadi tiada nilai kalau tidak digunakan ke arah mencari kejayaan....so, yang menjadi ukuran tetap nilai diri, kualiti diri kita dalam melakukan apa-apa jua kerja.

Ini dia mindset yang telah lama bertapak dalam kepala minda kita:

Kalau amik degree dokter, kene jadi dokter
Kalau amik degree pendidikan, kene jadi cikgu
Kalau amik degree bidang perhutanan, kene jadi orang hutan..ehh tak jadi pegawai perhutanan hehe
Kalau amik sains agrotek, kene bela ikan
Kalau dah amik kursus kawen, kenelah nikah dalam masa sebulan...huhuhu

Kalau mindset aku:

Semua degree adalah penuh dengan ilmu, ilmu tanpa amal = 0
Since you guys belum dapat kerja, usahalah mencari ilmu sambil bekerja dalam bidang lain dan belajar dan terus belajar tanpa jemu..that's the spirit

Kalau aku tak jadi cikgu, mungkin aku bela ikan or jd dokter ikan kot..atau aku buka kedai runcit jual cokelat...hehehe...


p/s: Sesetengah manusia susah nak dapat phD....tapi senang nak mempunyai perasaan phd...

Saturday, July 2, 2011

Lalui setiap hari seolah-olah anda akan mati pada keesokan harinya...

Selain tarian tradisional, satu lagi passion aku ialah menonton drama Korea dan Taiwan. Baru sahaja habis menonton drama korea yang bertajuk '49 Days' atau dalam Bahasa Melayunya '49 hari'. Kalau nak detail kenalah tonton sendirik...tapi kalau nak tahu ceritanya secara ringkas beginilah kisahnya:

Seorang gadis berusia 20++ tahun yang baru sahaja melangsungkan majlis pertunangannya ditimpa kemalangan jalan raya yang dahsyat sehingga menyebabkan dia koma / brain dead. Apa yang peliknya ialah roh gadis ini tercampak keluar dan boleh berkeliaran sana sini. Walaubagaimanapun, dia diberi tempoh 49 hari untuk membolehkan dia sedar semula daripada komanya. caranya, dia perlu mengumpul 3 titis air mata yang ikhlas menyayanginya dan 3 orang itu mestilah berlainan dan bukan merupakan ahli keluarganya.

Okay, so akhirnya memanglah roh itu dapat kembali ke jasadnya dan sedar semula, tetapi endingnya sangat spoil...boleh pula gadis itu akhirnya mati juga sebab penyakit lain. Ending yang sangat2 tak best. Tapi, ada jugalah moral value dalam cerita ini, seperti tajuk posting hari ini, we should cherish every single moment and person in our life everyday. Kata omputeh lagi' live life the fullest and let our life be meaningful not only to ourself but also to other people around us'.

Setelah menonton cerita ni juga, aku seolah-olah lebih menghargai setiap insan di sekeliling dan mensyukuri nikmat yang telah Allah berikan setiap hari. Pelik tapi benar, drama korea lagi besar impaknya terhadap penonton seperti aku berbanding cerita-cerita seperti Quran buruk, Ayat-ayat cinta, ketika cinta bertasbih ataupun Nur Kasih...hehehe....Walaupun drama korea ni memang tak logik dan tak dapat diterima dek akal apabila ada adegan roh tu pergi window shopping :) , tapi penceritaan yang relax dan simple macam nilah kadangkala membuatkan kita lebih banyak berfikir tentang erti kehidupan...cehhh..