Kerja aku gila-gila punya banyak. Aku kadang-kadang rasa penat sangat sebab tak menang tangan. Akan tetapi, sesungguhnya aku melakukan segala kerja ikhlas kerana Allah SWT. Mesti kita semua pernah berasa sedemikian..
- Kenapa asyik aku je yang buat orang lain tak payah buat ke?
- Kenapa dia tidak pernah mengucapkan terima kasih terhadap apa yang telah aku buat?
- Kenapa dia tidak tahu menghargai usaha aku selama ini?
- Kenapa mesti aku yang perlu siapkan ini seorang2?
- Cepatlah siap....malas aku nak buat semua ini. Kan anak bini aku tinggal kat rumah tu....
- Kenapaaaaaa?
Statement di atas hanya akan menimbulkan tekanan sahaja kepada diri kita sendiri. Sesungguhnya..Allah berfirman:
"Bila anda mengharapkan cinta, kasih sayang, pujian, kejayaan, kegembiraan dan pengiktirafan daripada insan lain, anda akan putus asa. Satu-satunya cara untuk anda menikmati hidup yang tenang dan penuh makna ialah dengan meletakkan harapan semata-mata kepada Allah. Di dalam Al-Quran Allah berfirman: 'Ingatlah, bahawa dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram.' Surah Ar-Ra'd: 28.'"
Dalam Islam, Allah hendak kita buat apa-apa pun berniat ikhlas. Jika kita ikhlas membuat sesuatu, sudah tentu kita tidak mengharap sebarang pembalasan. Kita akan melakukan sesuatu dengan penuh kesungguhan tanpa dipinta-pinta. Bila kita ikhlas juga, kita dapat mengurangkan tekanan dan kepenatan yang dirasa bagaikan angin lalu. Masih aku ingat bagaimana aku seorang menyediakan pasukan zapin yang pertama untuk pertandingan zapin peringkat Daerah...waduhhh....penatnya tidak terkata..siang malam latihan, Tuhan sahaja yang tahu penatku bagaimana. Haaaaa...nampak, Tuhan sahaja yang tahu keikhlasan kita itu dan kejayaan yang diberi insyaAllah setimpal dengan apa yang kita usahakan. Jauh di sudut hati, aku ikhlas mengajar dan melatih murid-murid aku agar mereka turut boleh berasa bangga dan bersemangat dengan pencapaian mereka di sekolah itu.
Ada seorang makcik ini, sering merungut kepada aku tentang bagaimana tanggapan orang lain terhadapnya. Tidak buat kerjalah...kata dia ni banyak mengularlah..sedangkan makcik ini memang jenis rajin juga bekerja, cuma faktor usia dan kekuatan dirinya yang semakin berkurang membuatkan dia agak perlahan sedikit berbanding dengan orang muda seperti aku. Aku faham perasaan makcik tu, tetapi, bagi aku, Allah Maha mengetahui, Dia nampak dan tahu kita kerja dan niat kita apa? Hendak menunjuk? hendak mendapatkan harta atau nama? Hendak menganiaya orang lain? Atau sekadar ikhlas dan melakukan semua perkara demi Allah SWT. Mulut manusia, biarlah mereka berkata, biarlah mereka mengeji, yang penting kita bekerja dengan IKHLAS.
Monday, April 18, 2011
Saturday, April 16, 2011
Laporan persiapan kumpulan Dwi Zapin
Esok tibalah waktu untuk sekali lagi menempuh saat2 yang mendebarkan. Walaupun pertandingan ini tidak sebesar Pertandingan Zapin Peringkat Daerah yang pernah disertai sebelum ini, namun yang pasti perlu ada persediaan kerana jurinya bukan calang-calang.
Setelah hampir 2 tahun aku bergiat, alhamdulillah banyak perubahan dibuat mengikut pengetahuan tentang tarian tradisional yang semakin hari semakin menebal di jiwa ini.Esok akan dihantar 2 pasukan seramai 4 orang untuk menyertai pertandingan Dwi Zapin ini. Satu kumpulan perempuan, satu lagi kumpulan lelaki. Zapin yang akan disampaikan ialah Zapin Tenglu(langkah Pak Akob)dan Zapin Melayu Johor
Setelah 4-5 hari berturut-turut menjalani latihan, aku yakin persembahan yang akan dibuat nanti tidaklah begitu memalukan. Jika diikutkan, hendak sahaja aku menghantar 5 pasukan terus, tetapi buat apa kan kalau semua zapinnya menggunakan zapin yang sama? Tunggulah aku habis mendalami semua jenis zapin terlebih dahulu.
We are going for fun,but of course we are hoping to win!!! ;)

Tuesday, April 12, 2011
Pertandingan Dwi Zapin peringkat Johor Bahru..~~~
Tinggal 5 hari sahaja lagi untuk penyediaan pasukan ke pertandingan Dwi Zapin Johor Bahru. Leganya sebab perlu koreograf untuk 2 orang sahaja....lega?? Ingat senang yer nak koreograf pola lantai untuk 2 orang? Sungguh mencabar tau! Apa-apa pun, i have 5 days...exactly...5 days!! Dalam kepala aku sudah ada idea dan peserta-peserta yang hendak dibawa. Esok juga aku bertindak!! Chaiyok!
Walaupun ini pertandingan kecil sahaja dan tidak melalui PPD or Jabatan pelajaran Johor, tetapi yang pastinya juri-juri cukup profesional kerana mereka semua penggiat zapin Johor yang telah menceburi bidang kebudayaan ni begitu lama. So, jangan mau kencing itu juri dengan ragam tari yang hentah apa2 ye?? :)
Sesiapa yang berminat bolehlah memeriahkan lagi suasana.. see u in Skudai Parade @ 2 pm!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)